Ahad, 19 April 2020 | 11:31am
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto AFP
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto AFP

Muslim AS teruskan penjarakan sosial ketika Ramadan - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyeru masyarakat Islam negaranya mematuhi penjarakan sosial, pada Ramadan ini seperti dilaksanakan ketika perayaan Easter yang melarang perhimpunan membabitkan ramai orang.

Demikian ulasannya apabila pengkritik ingin mengetahui jika Trump akan melakukan perkara sama menjelang Ramadan, berikutan sebelum ini masyarakat Kristian tidak boleh menghadiri perjumpaan ramai, ekoran wabak COVID-19.

“Mungkin ada perbezaan dan kita akan lihat apa yang terjadi kerana saya melihat perbezaan besar di negara ini,” katanya.

Umat Islam di AS dijangka mula berpuasa sempena Ramadan Khamis ini selepas seminggu perayaan Easter, dijangka memperlihatkan penganut Kristian cenderung membelakangkan peraturan kesihatan awam yang melarang rakyatnya keluar dari rumah.

Trump turut ditanya mengenai kemungkinan imam akan melanggar peraturan penjarakan sosial, tetapi beliau tidak berpandangan begitu.

“Saya seorang yang mempercayai agama dan tidak penting apa kepercayaan anda anuti. Namun, ahli politik mempunyai kepercayaan yang berbeza,” katanya.

Sebelum ini Trump sering dituduh antiIslam dan salah satu tindakan pertamanya ketika memasuki pejabat melarang pelancong dari beberapa negara yang majoritinya Muslim.

Lebih daripada 700,000 kes COVID-19 dilaporkan di AS, memaksa masyarakat pelbagai agama berdiam dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti.

Persatuan Islam Amerika Utara bersama dengan pakar perubatan Muslim, sudah mendesak penangguhan solat berjemaah dan perhimpunan lain. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X