Khamis, 9 Januari 2020 | 8:16am
Gambar fail, Duta Iran ke PBB, Majid Takht Ravanch. - Foto CBS
Gambar fail, Duta Iran ke PBB, Majid Takht Ravanch. - Foto CBS

Iran menghormati kedaulatan Iraq

NEW YORK: Iran menegaskan ia menghormati kedaulatan Iraq, walaupun melancarkan serangan ke atas dua markas menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan bersekutu di negara itu.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, duta Iran ke PBB, Majid Takht Ravanch, menegaskan negaranya menghormati kemerdekaan, kedaulatan, perpaduan dan integriti persempadanan Iraq.

“Serangan itu tepat dan hanya menyasarkan kepentingan ketenteraan, tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada harta atau nyawa penduduk, malah tiada tentera AS atau Iraq yang menjadi mangsa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Kedutaan Iran.

Sementara itu, Kementerian Luar Iraq berkata pihaknya akan memanggil Duta Iran ke negara itu untuk memberi penjelasan berhubung serangan itu.

Iraq sudah pun memanggil Duta AS ke negara itu untuk memberi penjelasan berhubung serangan dron AS yang mengorbankan komander keselamatan dan perisikan Iran, Jeneral Qassem Soleimani, di baghdad Jumaat lalu. - AFP

Berita Harian X