Jumaat, 22 November 2019 | 1:12pm
SEBUAH pesawat milik Philippine Airlines yang berlepas ke Manila terpaksa membuat pendaratan kecemasan apabila dikesan mengalami kerosakan di bahagian enjin, sejurus meninggalkan lapangan terbang Los Angeles. - Foto Reuters
SEBUAH pesawat milik Philippine Airlines yang berlepas ke Manila terpaksa membuat pendaratan kecemasan apabila dikesan mengalami kerosakan di bahagian enjin, sejurus meninggalkan lapangan terbang Los Angeles. - Foto Reuters

Kerosakan enjin, pesawat Filipina terpaksa mendarat cemas

LOS ANGELES : Sebuah pesawat milik Philippine Airlines yang berlepas ke Manila terpaksa membuat pendaratan kecemasan apabila dikesan mengalami kerosakan di bahagian enjin, sejurus meninggalkan lapangan terbang Los Angeles.

Lapangan Terbang Los Angeles dalam satu kenyataan berkata, juruterbang Penerbangan 113 membuat pengumuman kecemasan dan melaporkan kemungkinan berlaku kerosakan enjin pada pesawat Boeing Co 777.

Saksi berkata, api turut dilihat menyala di bahagian enjin.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini dan tidak dapat dipastikan jumlah penumpang serta kru yang menaiki penerbangan itu ketika kejadian.

Pengurusan Penerbangan Awam Persekutuan berkata, pesawat terbabit berpatah balik dan mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Stesen televisyen ABC-7 di Los Angeles menyiarkan video pesawat sejurus ia meninggalkan lapangan terbang, menunjukkan kepulan asap dan api yang keluar dari enjin di bahagian kanan.

Pesawat terbabit berjaya mendarat kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) dan berjaya ditangani oleh Jabatan Bomba Los Angeles. - Reuters

Berita Harian X