Selasa, 8 Oktober 2019 | 8:18am
WILBUR Ross
WILBUR Ross

AS senarai hitam 28 entiti China

WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat semalam mengumumkan senarai hitam 28 entiti China yang dikatakan terbabit dalam pencabulan dan penderaan hak mensasarkan etnik Uighur dan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang.

Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross, ketika mengumumkan langkah yang melarang entiti dinamakan daripada membeli produk AS, berkata Washington tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan penindasan kejam ke atas etnik minoriti di China.

Menurut kemas kini dengan Pendaftaran Persekutuan AS yang akan disiarkan esok, firma yang disenaraihitamkan termasuk syarikat video pemantauan, Hikvision, selain syarikat kecerdasan buatan (AI), Megvii Technology dan SenseTime. — AFP

Berita Harian X