Sabtu, 6 Julai 2019 | 10:47am

Alaska pecah rekod suhu tertinggi

LOS ANGELES: Suhu di Anchorage, bandar raya terbesar di Alaska mencatat rekod tertinggi, 32 darjah Celsius ketika gelombang haba melanda beberapa negeri di Amerika Syarikat hingga merentangi bulatan Artik.

Fenomena itu memaksa acara bunga api yang dijadualkan pada 4 Julai lalu dibatalkan, susulan risiko kemungkinan berlaku kebakaran hutan disebabkan suhu kering melampau, kerana keadaan suhu ketika itu menyamai keadaan di Miami, menjadi amaran kepada wilayah yang terdedah kepada perubahan iklim.

“Pada jam 5.00 petang (waktu tempatan), Lapangan Terbang Antarabangsa Anchorage mencatat rekod suhu kali pertama pada 32 darjah Celsius,” tulis Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di laman Twitter.

Rekod tertinggi suhu pernah dicatatkan iaitu 27.7 darjah Celsius, pada Jun 1969.

“Cuaca luar biasa panas disebabkan ‘tekanan tinggi rabung raksasa yang berada di atas kita,” kata pegawai meteorologi NWS, Bill Ludwig kepada Anchorage Daily News.

Terdahulu Alaska pernah memecah rekod suhu sepanjang musim panas, terutamanya di zon Artik yang sangat sensitif kepada perubahan iklim. - AFP

Berita Harian X