Selasa, 23 April 2019 | 10:06am
Orang ramai keluar dari bangunan selepas gempa bumi di Mexico City, Mexico, semalam. -Foto Reuters
Orang ramai keluar dari bangunan selepas gempa bumi di Mexico City, Mexico, semalam. -Foto Reuters

Gempa magnitud 5.4 gegar Mexico

MEXICO CITY: Satu gempa bumi sederhana menggegarkan bangunan di sini semalam, menyebabkan orang ramai berlari di jalanan untuk menyelamatkan diri namun pihak berkuasa berkata tiada laporan awal kerosakan berlaku.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa magnitud 5.4 berlaku di sempadan selatan Oaxaca dan Guerrero, sejauh 160 kilometer di tenggara pusat percutian tepi pantai Acapulco, pada kedalaman 21.6 kilometer.

Ketua agensi perlindungan awam Mexico, David Leon, memberitahu televisyen tempatan, tiada laporan awal kerosakan atau kecederaan. Ketua agensi perbandaran di sini, Myriam Urzua berkata, gegaran dirasai di beberapa kawasan ibu kota.

Di sebahagian bandar ini, orang ramai berlari ke jalanan apabila merasai gegaran. Pusat perkhidmatan seismologi Mexico pada awalnya merekodkan gegaran magnitud 5.7. -Reuters

Berita Harian X