Isnin, 27 Ogos 2018 | 11:10pm
Pegawai polis di tempat kejadian serangan ejen saraf di Salisbury, England. - Foto Getty Images
Pegawai polis di tempat kejadian serangan ejen saraf di Salisbury, England. - Foto Getty Images

AS kenakan sekatan baharu terhadap Russia

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan beberapa sekatan baharu terhadap Russia, hari ini, susulan cubaan pembunuhan seorang bekas perisik di Britain menggunakan agen saraf.

Sekatan termasuk menyekat bantuan asing ke Russia, menyekat penjualan barangan atau perkhidmatan pertahanan dan keselamatan negara serta melarang segala pinjaman kerajaan untuk semua eksport ke Russia.

Bagaimanapun, penjualan dan perkhidmatan berkaitan pelancaran angkasa sama ada komersil atau kerajaan akan diteruskan.

Difahamkan, Jabatan Negara sudah mengeluarkan pengecualian tertentu tidak spesifik terhadap semua sekatan itu dan tindakan itu dilihat mengurangkan keberkesanan sekatan terbabit.

Semua sekatan itu yang pertama kali diumumkan pada 8 Ogos lalu adalah tindak balas kepada cubaan gagal membunuh bekas perisik Sergei Skripal dan anak perempuan beliau Yulia Skripal, pada 4 Mac lalu menggunakan agen saraf Novichok.

Agen saraf itu dibangunkan Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin.

Kerajaan British berkata, serangan di Salisbury, England dilakukan pihak Russia. - AFP

Berita Harian X