Isnin, 18 September 2017 | 9:39pm

Tentera Laut AS pecat 2 pegawai kanan

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) memecat dua pegawai kanannya hari ini susulan pelanggaran membabitkan kapal perang Armada Ketujuh di Asia, memetik hilang keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk mentadbir.

Tentera Laut AS berkata, Laksamana Charles Williams, komander pasukan Tugas Khas 70 dan Kapten Jeffrey Bennett, komander Skuadron Pemusnah 15, dipecat komander Armada Ketujuh, Naib Laksamana Phil Sawyer.

Ogos lalu, Sawyer menggantikan komander armada terbabit, Naib Laksamana Joseph Aucoin, yang dipecat selepas insiden terbabit.

"Kedua-duanya dipecat berikutan hilang keyakinan terhadap keupayaan mereka memberi arahan," kata kenyataan Tentera Laut AS.

Rombakan dalam pentadbiran Armada Ketujuh diikuti perlanggaran sebelum awal pagi antara kapal pemusnah USS McCain dan sebuah kapal dagang di timur Singapura dan Malaysia 21 Ogos lalu, mengorbankan 10 anak kapal serta insiden keempat terbesar dalam Armada Pasifik AS tahun ini.

Jun lalu, sebuah lagi kapal pemusnah USS Fitgerald, bertembung dengan kapal kargo Filipina, mengorbankan tujuh kelasi AS.

Beberapa pegawai lain turut dipecat dengan tindakan pentadbiran diambil ke atas anggota lain pasukan pemerhati kapal. -REUTERS

Berita Harian X