Rabu, 23 Ogos 2017 | 1:04pm
POLIS Phoenix berkawal di luar perhimpunan yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Arizona.- Foto AP
POLIS Phoenix berkawal di luar perhimpunan yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Arizona.- Foto AP

Gas pemedih mata surai penunjuk perasaan

PHOENIX, Arizona: Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai di sini, selepas penunjuk perasaan di luar perhimpunan yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mula melemparkan batu dan botol.

"Orang ramai mula melemparkan batu dan botol ke arah polis. Polis turut melepaskan beberapa gas pemedih mata di kawasan itu," kata jurucakap Jabatan Polis Phoenix, Sarjan Jonathan Howard.

"Polis bertindak balas dengan menggunakan tembakan bebola lada hitam dan semburan lada dalam cubaan menyuraikan penunjuk perasaan dan menghentikan serangan," katanya.

Polis belum memberikan anggaran bilangan penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan, tetapi media Arizona melaporkan ia dihadiri ribuan pengunjung. - Reuters

Berita Harian X