Selasa, 9 April 2024 | 11:12pm
Anggota pasukan IOM dan pihak berkuasa tempatan membawa mayat yang ditemui dari bot karam di Djibouti. - Foto ihsan Times of India
Anggota pasukan IOM dan pihak berkuasa tempatan membawa mayat yang ditemui dari bot karam di Djibouti. - Foto ihsan Times of India

38 mayat ditemui dalam bot karam di Djibouti

ADDIS ABABA: Tiga puluh lapan mayat termasuk kanak-kanak ditemui daripada sebuah bot karam di Djibouti, negara digelar Tanduk Afrika, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (IOM), hari ini.

Kedutaan Ethiopia di Djibouti berkata kejadian pagi semalam membabitkan sebuah bot yang membawa 66 pendatang Ethiopia dari Djibouti ke Yaman.

Insiden berlaku kira-kira 200 meter daripada perairan Godoria di barat laut Djibouti, menurut agensi itu kepada AFP menerusi satu hantaran emel.

"Sebanyak 38 mayat berjaya ditemui. 22 lagi yang masih hidup mendapat bantuan daripada IOM dan pihak berkuasa tempatan," kata jurucukap Wilayah IOM, Yvonne Ngede.

Katanya, mereka yang berada dalam bot itu adalah termasuk kanak-kanak, bayi dan wanita.

Dalam satu kenyataan menerusi platform X, IOM berkata sekurang-kurang-kurangnya enam lagi masih hilang.

- AFP

Berita Harian X