Jumaat, 29 March 2024 | 11:26am
 Foto AGENSI
Foto AGENSI

14 maut siklon Gamane badai Madagascar

ANTANANARIVO (Madagascar): Empat belas orang maut dan tiga yang lain cedera selepas taufan tropika Gamane membadai Madagascar, dengan tiga lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa meteorologi Madagascar semalam, lapor Xinhua.

Gamane mendarat di hujung utara Madagascar pada pagi Rabu, dengan angin purata 150km sejam dan angin kencang lebih daripada 210km sejam, disertai hujan lebat, menurut Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana (BNGRC) Madagascar.

Seramai 36,307 orang termasuk 9,024 isi rumah terjejas oleh siklon itu yang memusnahkan tujuh wilayah di negara itu. Kira-kira 18,565 orang atau 4,849 isi rumah diarah berpindah dan mendapatkan perlindungan di 68 lokasi kecemasan yang diwujudkan di pelbagai lokaliti.

Banjir yang menyusul menyebabkan kerosakan besar, menenggelamkan 6,675 rumah dan hampir 1,698 sawah manakala 617 kediaman musnah, menurut BNGRC.

Berita Harian X