Selasa, 19 March 2024 | 8:14pm
Tunisia dan Libya menutup lintasan sempadan utama di Ras Jdir akibat pertempuran bersenjata, lapor TV kerajaan Tunisia serta pihak berkuasa Libya. - Foto ihsan The National
Tunisia dan Libya menutup lintasan sempadan utama di Ras Jdir akibat pertempuran bersenjata, lapor TV kerajaan Tunisia serta pihak berkuasa Libya. - Foto ihsan The National

Tunisia, Libya tutup lintasan sempadan Ras Jdir

TUNIS: Tunisia dan Libya menutup lintasan sempadan utama di Ras Jdir akibat pertempuran bersenjata, lapor TV kerajaan Tunisia dan pihak berkuasa Libya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Libya hari ini berkata, 'penjenayah' sudah menyerang sempadan yang menyaksikan ramai rakyat Libya sering ke Tunisia untuk rawatan perubatan selain trak barangan masuk ke negara itu.

"Tindakan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah ini tidak boleh diterima dan langkah undang-undang serta hukuman paling berat akan diambil terhadap mereka yang terbabit," kata kementerian yang berpangkalan di Tripoli, tanpa memberikan butiran lanjut.

Libya masih bergolak sejak pemberontakan 2011 dan berpecah antara puak timur dan barat, dengan pentadbiran musuh mengawal setiap kawasan.

Rakaman yang tidak disahkan di media sosial menunjukkan kenderaan terbakar di Ras Jdir dan orang ramai berlari selain kedengaran bunyi tembakan.

Kementerian itu berkata kelmarin berkata, mereka sudah mengerahkan pasukan keselamatan di sempadan untuk memerangi penyeludupan dan ketidakamanan.

Radio Tataouine Tunisia berkata, semalam Tunisia menutup lintasan untuk keselamatan rakyat yang masuk ke Libya.

- REUTERS

Berita Harian X