Isnin, 26 Februari 2024 | 12:26pm
Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania. - Foto AGENSI
Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania. - Foto AGENSI

25 maut, 21 cedera nahas jalan raya di Tanzania

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Sputnik.

Siasatan awal menunjukkan kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek sebuah trak, menyebabkan ia melanggar tiga kenderaan lain, lapor akhbar The Citizen.

Seramai 11 daripada yang maut adalah wanita, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Kemalangan itu membabitkan warga asing daripada pelbagai negara, termasuk Kenya, Togo, Madagascar, Burkina Faso, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom.

Berita Harian X