Isnin, 18 Disember 2023 | 9:26pm
 Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. - Foto AFP
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. - Foto AFP

Al-Sisi kekal presiden Mesir bagi penggal ketiga

KAHERAH: Abdel Fattah al-Sisi mengekalkan jawatan Presiden Mesir bagi penggal ketiga berturut-turut selepas meraih 89.6 peratus undi dalam pemilihan yang dibayangi perang di Gaza dan krisis ekonomi domestik, umum Lembaga Pilihan Raya Nasional, hari ini.

Sisi berdepan tiga pencabar tanpa seorang pun yang berprofil tinggi.

Seorang calon terkenal dan berpotensi mengakhiri cabarannya dengan mengadu proses kempennya dihalang manakala berpuluh-puluh penyokongnya ditahan.

Sisi kali pertama terpilih sebagai presiden pada 2014 dan berjaya mempertahankan kedudukannya itu buat kali kedua pada 2018 dengan kedua-duanya meraih sebanyak 97 peratus undi.

- REUTERS

Berita Harian X