Isnin, 20 November 2023 | 11:03pm
Kepulan asap akibat pertempuran di Sudan menyaksikan ribuan terbunuh setakat ini manakala jutaan lagi terpaksa menjadi pelarian. - Foto AFP
Kepulan asap akibat pertempuran di Sudan menyaksikan ribuan terbunuh setakat ini manakala jutaan lagi terpaksa menjadi pelarian. - Foto AFP

Pertempuran etnik ragut 32 nyawa di Sudan, Sudan Selatan

JUBA: Serangan oleh puak pesaing kumpulan etnik Dinka di kawasan yang dituntut oleh Sudan dan Sudan Selatan mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh pada hujung minggu lalu.

Keganasan menyebabkan kematian adalah perkara biasa di wilayah Abyei yang kaya dengan minyak, di mana Twic Dinka dari negeri Warrap yang bersebelahan Sudan Selatan terjerat dalam pertikaian dengan etnik Ngok Dinka dari Abyei mengenai lokasi sempadan pentadbiran.

Semalam, sayap pemuda bersenjata Twic Dinka yang disokong oleh militia tempatan, menyerang beberapa perkampungan Ngok Dinka di timur laut bandar Agok.

Lelaki berpakaian seragam tentera Sudan Selatan, disokong oleh pejuang Twic Dinka, turut menyerang penempatan Ngok Dinka.

Abyei dituntut oleh Sudan dan Sudan Selatan sejak negara itu mengisytiharkan kemerdekaan pada 2011.

Abyei mempunyai status pentadbiran khas, ditadbir oleh pentadbiran yang terdiri daripada pegawai dilantik oleh Juba dan Khartoum.

Sudan Selatan dilanda perang saudara sejurus selepas kemerdekaan.

Konflik itu melaga-lagakan Presiden Salva Kiir dan sekutunya dengan Naib Presiden Riek Machar.

Perjanjian damai ditandatangani tiga tahun lalu tetapi kerajaan peralihan lambat untuk menyatukan pelbagai puak tentera. - REUTERS

Berita Harian X