Isnin, 25 September 2023 | 6:27pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

70 anggota Al-Shabaab terbunuh di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 70 anggota al-Shabaab terbunuh pada Ahad dalam operasi ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Kebangsaan Somalia yang disokong oleh militan tempatan di wilayah Mudug.

Pasukan gabungan itu menyerbu kubu persembunyian al-Shabaab di bandar Aad, lapor Agensi Anadolu.

Pemimpin utama kumpulan terbabit turut terbunuh dalam operasi itu, media tempatan memetik Timbalan Menteri Penerangan Somalia Abdirahman Yusuf Al Adala.

Kementerian Pertahanan Somalia, turut mengesahkan operasi itu, sambil menjelaskan bahawa 'tindakan ketenteraan baru-baru ini di Mudug dan Galgaduud telah memberi tamparan hebat kepada Khawarij dan anggota mereka'.

Operasi itu dibuat sehari selepas kes pengeboman trak di pusat pemeriksaan tentera di tengah bandar Beledweyne yang mengorbankan lebih 18 orang, termasuk 10 anggota keselamatan, manakala lebih 40 yang lain cedera. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X