Selasa, 21 March 2023 | 12:32pm
Seramai 78 juta kanak-kanak di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, berhadapan risiko tinggi akibat ancaman berkaitan air, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin. - Foto AGENSI
Seramai 78 juta kanak-kanak di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, berhadapan risiko tinggi akibat ancaman berkaitan air, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin. - Foto AGENSI

78 juta kanak-kanak di Nigeria berdepan risiko ancaman penyakit berkaitan air - UNICEF

ABUJA: Seramai 78 juta kanak-kanak di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, berhadapan risiko tinggi akibat ancaman berkaitan air, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin.

Ketua sektor Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) UNICEF Nigeria Jane Bevan dalam kenyataan di Abuja, ibu negara Nigeria, menggesa kerajaan meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan dengan segera berikutan tuntutan mendesak untuk mengurangkan penyakit yang boleh dicegah dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut UNICEF satu pertiga daripada kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada bekalan air manakala dua pertiga tidak mempunyai akses sanitasi, lapor Xinhua.

"Tiga perempat kanak-kanak tidak dapat membasuh tangan kerana kekurangan air dan sabun di rumah yang menyebabkan Nigeria merupakan antara 10 negara mencatat bilangan kematian kanak-kanak terbesar akibat penyakit seperti cirit-birit.

"Paras air bawah tanah juga menurun yang memerlukan sesetengah komuniti menggali telaga dua kali lebih dalam daripada sedekad lalu," menurut UNICEF.

UNICEF berkata, pelaburan daripada pembiayaan iklim global akan membantu mengukuhkan daya tahan iklim yang bukan sahaja dapat melindungi kesihatan kanak-kanak hari ini bahkan dapat memastikan masa depan yang mampan untuk generasi akan datang. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X