Isnin, 30 Januari 2023 | 4:56pm
Militan pro-Iran, termasuk kumpulan Hizbullah yang berkuasa di Lubnan, mempunyai kehadiran besar di sekitar sempadan Iraq-Syria, dan banyak dikerahkan ke selatan dan barat Euphrates di wilayah Deir Ezzor, Syria. - Foto AFP
Militan pro-Iran, termasuk kumpulan Hizbullah yang berkuasa di Lubnan, mempunyai kehadiran besar di sekitar sempadan Iraq-Syria, dan banyak dikerahkan ke selatan dan barat Euphrates di wilayah Deir Ezzor, Syria. - Foto AFP

Tujuh maut dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria

BEIRUT: Tujuh orang terbunuh selepas terbabit dengan serangan udara yang memusnahkan konvoi trak membawa senjata ke timur Syria dan Iraq, kata pemantau perang hari ini.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, mangsa termasuk pemandu trak dan pembantu mereka serta kesemuanya bukan warganegara Syria.

"Mereka mati selepas pesawat yang tidak dikenali menyasarkan konvoi trak itu malam tadi. Serangan itu memusnahkan konvoi enam trak penyejuk beku yang mengangkut senjata Iran di sempadan wilayah Albu Kamal," katanya.

Tiada negara yang mengaku melakukan serangan itu, namun Israel sebelum ini sudah melakukan ratusan serangan udara dan peluru berpandu terhadap tentera Iran dan kerajaan Syria.

Disember lalu, Ketua Tentera Israel, Aviv Kohavi berkata negaranya sudah melancarkan serbuan itu dan konvoi yang membawa senjata yang menuju Lubnan di mana Hizbullah mempunyai peranan dan pengaruh.

Gabungan yang diketuai AS bagi memerangi kumpulan negara Islam seperti Iraq dan Syria itu melakukan serangan ke atas pejuang pro-Iran di Syria.

Israel juga mengakui melakukan ratusan serangan udara dan peluru berpandu di negara itu sejak perang saudara meletus pada 2011. - AFP

Berita Harian X