Ahad, 25 Disember 2022 | 8:08pm
Tempat lori tangki meletup semalam. - Foto EPA
Tempat lori tangki meletup semalam. - Foto EPA

Angka kematian letupan lori tangki meningkat kepada 15 orang

JOHANNESBURG: Angka kematian akibat letupan lori tangki petrol di Boksburg, meningkat kepada 15 orang.

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Joe Phaahla kepada pemberita di Hospital Peringatan Tambo, berhampiran tempat kejadian.

"Semalam, angka kematian 10 orang. Sekarang mencecah 15 pada pagi ini," katanya.

Boksburg bandar di timur Johannesburg, Afrika Selatan. - AFP

Dalam kejadian di timur Johannesburg, semalam, kira-kira 40 lagi cedera

Menurut perkhidmatan kecemasan, lori tangki yang mengangkut gas petroleum cecair (LPG) itu terperangkap di bawah jambatan, berhampiran hospital dan rumah pada pagi Sabtu. - AFP

Polis Afrika Selatan menyiasat kawasan letupan di Boksburg, hari ini. - Foto AFP
Polis Afrika Selatan menyiasat kawasan letupan di Boksburg, hari ini. - Foto AFP

Berita Harian X