Selasa, 14 Jun 2022 | 11:41am
Togo mengisytiharkan darurat berikutan peningkatan serangan pengganas di Savanes baru-baru ini. - Foto: AFP
Togo mengisytiharkan darurat berikutan peningkatan serangan pengganas di Savanes baru-baru ini. - Foto: AFP

Togo isytihar darurat berikutan isu keselamatan

DAKAR: Togo semalam mengisytiharkan darurat di wilayah Savanes dekat sempadan dengan Burkina Faso berikutan isu keselamatan.

Langkah itu diambil ekoran peningkatan serangan pengganas di Savanes baru-baru ini dan bertujuan untuk mengurus dan mempercepatkan operasi ketenteraan di rantau itu dengan lebih berkesan, lapor Agensi Anadolu memetik Majlis Menteri.

Mei lalu, lapan tentera terbunuh dalam satu serangan pengganas di sempadan Togo dengan Burkina Faso.

Difahamkan bahawa kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Daesh yang beroperasi di Burkina Faso, Niger dan Mali cuba untuk mara ke Teluk Guinea.

Kumpulan pengganas cuba untuk menggunakan laluan laut dengan mara ke Ivory Coast, Benin dan Togo, yang bersempadan dengan Teluk Guinea. - BERNAMA

Berita Harian X