Selasa, 14 Disember 2021 | 10:30pm
Gambar hiasan. - Foto AGENSI
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

50 maut dalam letupan tangki gas di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 50 orang maut apabila sebuah tangki gas meletup di bandar Cap-Haitien, Haiti pagi tadi, menurut timbalan datuk bandar di situ.

Timbalan Datuk Bandar, Patrick Almonor, berkata beliau nampak antara 50 hingga 54 orang terbakar hidup-hidup sehingga mustahil mengenal pasti mayat mereka.

"Kira-kira 20 rumah turut terbakar apabila api semakin marak di kawasan menyusuli letupan yang berlaku.

"Kami belum dapat memberi butiran sebenar tragedi ini terutama mengenai berapa ramai yang mungkin berada dalam rumah berkenaan," katanya.

Menurut Almonor, pemandu lori tangki berkenaan hilang kawalan terhadap kenderaannya apabila cuba mengelak sebuah teksi motosikal lalu terbabas dan terbalik.

Ia menyebabkan muatan minyak melimpah ke jalanan, mendorong orang ramai cuba mengautnya kerana negara itu kini menghadapi kekurangan bekalan bahan api yang serius angkara perbuatan kumpulan penjenayah di Port-au-Prince.

Kumpulan penjenayah berkenaan mengambil alih saluran paip pembekalan bahan api.

Hospital Justinien University yang berdekatan dibanjiri mangsa letupan dan jururawat mengakui hospital berkenaan tidak berupaya merawat begitu ramai mangsa terutama yang melecur teruk.

Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry, berkata letupan itu mengorbankan ramai mangsa dan tidak kurang juga yang cedera, sekali gus mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tiga hari.

The Caribbean nation has never produced enough electricity to meet the needs of the whole population. Even in well-off parts of the capital, the state-run Haiti electric utility only provides, at most, a few hours of power a day.

Those who can afford it rely on pricey generators, which are no help in the face of the severe fuel shortage caused by gangs blocking access to the country's oil terminals in the capital and its outskirts.

str-caw/ec

Berita Harian X