Khamis, 25 November 2021 | 6:32pm
Polis menarik kenderaan yang terbabit dalam letupan bom kereta di Mogadishu. - Foto EPA
Polis menarik kenderaan yang terbabit dalam letupan bom kereta di Mogadishu. - Foto EPA

8 maut, 17 cedera letupan bom kereta

MOSCOW: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala 17 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta oleh pengebom bunuh diri di Mogadishu hari ini, kata polis.

Seorang pegawai polis berkata, penyerang itu menyasarkan konvoi yang mengiringi pasukan keselamatan asing, berhampiran sebuah sekolah di daerah Hodan, Mogadishu dan angka korban mungkin meningkat.

"Kejadian berlaku di hadapan sekolah Muasir dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban," kata pegawai polis itu kepada Xinhua.

Militan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

- BERNAMA

Berita Harian X