Ahad, 21 November 2021 | 8:11am
Ratusan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa berhimpun di ibu negara Khartoum. - Foto AFP
Ratusan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa berhimpun di ibu negara Khartoum. - Foto AFP

AS, Kesatuan Afrika kecam pemerintah tentera Sudan

KHARTOUM: Ratusan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa Sudan berarak mengecam tindakan keras pasukan keselamatan yang didakwa mengakibatkan lebih 40 individu maut akibat pergolakan sejak tentera merampas kuasa pada 25 Oktober lalu.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Afrika (AU) turut menyelar tindakan pasukan keselamatan negara bergolak itu terhadap penunjuk perasaan itu dan menggesa pemimpin Sudan, Jeneral Tertinggi Abdel Fattah al-Burhan tidak menggunakan 'kekerasan berlebihan'.

Abdel Fattah pada 25 Oktober lalu mengisytiharkan darurat dan menyingkirkan kerajaan serta menahan pemimpin dan aktivis politik negara itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, negara itu menggesa mereka yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan yang aman untuk bertanggungjawab.

"Sebelum protes selanjutnya berlaku, kita meminta pasukan keselamatan Sudan mengekang perhimpunan tanpa kekerasan dan hanya serta membenarkan demontrasi dilakukan secara aman," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Moussa Faki Mahamat yang turut mengutuk penggunaan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan.

"Kembalikan ketertiban Perlembagaan serta peralihan demokrasi. selaras dengan perjanjian perkongsian kuasa 2019 di antara tentera dan tokoh awam yang kini digulingkan," katanya.

Rampasan oleh tentera itu sekali gus membatalkan peralihan kuasa dua tahun kuasa pemerintahan awam dan mendapat kecaman antarabangsa serta tindakan hukuman keras dan mencetuskan protes besar.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Sudan itu berkata, siasatan berhubung kematian penunjuk perasaan itu akan dilancarkan.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul untuk menzahirkan dukacita terhadap pembunuhan terbaru itu dan mahukan 'pembalasan' serta peralihan semula kepada pemerintahan rakyat,

Khamis lalu, pasukan keselamatan Sudan menembak mati sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan anti rampasan kuasa dan mencederakan puluhan lagi.

Semua mangsa dikenal pasti di utara Khartoum, sekali gus jumlah kematian meningkatkan kepada 39 orang dan beratus cedera akibat pergolakan sejak tentera merampas kuasa pada 25 Oktober lalu.

Penganjur protes dari Persatuan Profesional Sudan (SPA) berkata pembunuhan beramai-ramai hari ini mengukuhkan slogan mereka bahawa 'tiada rundingan, tiada perkongsian, tiada kompromi' dengan tentera. - AFP

Berita Harian X