Rabu, 24 Februari 2021 | 6:45am
 Foto hiasan
Foto hiasan

86 ikan lumba-lumba ditemukan mati di Mozambique

MAPUTO: Sebanyak 86 ikan lumba-lumba ditemukan mati di sebuah pulau di Mozambique, semalam dan punca kejadian belum diketahui, kata Kementerian Alam Sekitar negara itu.

Kejadian sama berlaku Ahad lalu apabila 25 ikan lumba-lumba ditemukan mati di tempat sama, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 111 ekor.

"Pasukan dari Taman Negara Bazaruto Archipelago di wilayah Inhambane menemui 86 ikan lumba-lumba yang tidak bernyawa di pantai barat Pulau Bazaruto," menurut kenyataan kementerian itu.

Kepulauan terbabit terletak di Mozambique Channel di antara pantai Mozambique dan Madagaskar.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian dengan penyelidik tidak menemui sebarang kecederaan atau bahan mencurigakan dalam sistem pencernaan haiwan mamalia berkenaan, kata pihak berkuasa.

Perairan taman negara yang dilindungi adalah habitat bagi ikan lumba-lumba, ikan paus dan dugong di samping 180 spesies burung dan haiwan lain. - AFP

Berita Harian X