Jumaat, 13 Disember 2019 | 10:12pm
Kerajaan Niger hari ini mengadakan upacara pengebumian 71 anggota tentera yang terbunuh semasa serangan militan di sebuah pangkalan tentera, Selasa lalu. - Foto AFP
Kerajaan Niger hari ini mengadakan upacara pengebumian 71 anggota tentera yang terbunuh semasa serangan militan di sebuah pangkalan tentera, Selasa lalu. - Foto AFP

71 tentera Niger dikebumikan

NIAMEY: Kerajaan Niger hari ini mengadakan upacara pengebumian 71 anggota tentera yang terbunuh ketika serangan militan di sebuah pangkalan tentera, Selasa lalu.

Beg mayat dibalut bendera kebangsaan diletakkan di perkarangan pangkalan tentera udara di ibu negara ini di mana Presidennya, Mahamadou Issoufou memberikan penghormatan.

“Kematian anda adalah mulia dengan senjata di tangan ialah satu cara terbaik untuk mati,” katanya.

Katanya, serangan Selasa lalu adalah ‘hari paling dahsyat’ dalam sejarah hitam negara ini.

“Ia adalah satu cabaran hebat untuk tentera kita,” tambahnya.

Difahamkan mayat anggota tentera akan dikebumikan di tanah perkuburan yang gelar ‘Dataran Syahid’

Kira-kira 200 orang terutamanya anggota keluarga dan rakan mangsa menyaksikan upacara itu dari hangar di pangkalan terbabit.

Menurut Kementerian Pertahanan, seramai 71 anggota tentera terkorban dan 12 cedera dengan ada yang dilaporkan hilang selepas militan menyerang pangkalan tentera di Inates di wilayah barat Tillaberi, dekat sini

Sejak 2012, ribuan orang awam dan anggota tentera terbunuh dalam keganasan merentasi wilayah Sahel yang bermula ketika pemberontak bersenjata menceroboh utara Mali pada 2012. -AFP

Berita Harian X