Ahad, 7 April 2019 | 8:13am
Penduduk Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk meletak jawatan di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS
Penduduk Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk meletak jawatan di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

Penunjuk perasaan maut, polis cedera dalam demonstrasi di Sudan

KHARTOUM: Seorang penunjuk perasaan maut ketika menyertai protes di Omdurman, Sudan semalam, lapor agensi berita rasmi SUNA dan jawatankuasa pegawai perubatan.

SUNA berkata orang awam dan anggota polis turut tercedera dalam demonstrasi yang dianggap terbesar sejak tunjuk perasaan bermula 19 Disember lalu, kata polis.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata ketika cuba meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di kediaman Presiden Omar al-Bashir di Khartoum, semalam.

Penduduk Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk meletak jawatan di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS
Penduduk Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi protes menuntut Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk meletak jawatan di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

Beberapa saksi berkata, ia adalah tunjuk perasaan terbesar menuntut pemerintah yang berkuasa sejak 30 tahun lalu itu disingkirkan, setakat ini.

Demonstrasi semalam turut bertujuan menghantar mesej kepada Kementerian Pertahanan menuntut tentera memihak kepada penunjuk perasaan. - Reuters

Berita Harian X