Isnin, 19 Februari 2024 | 12:15pm
Kempen Ramadan-Raya ZUS Coffee, ‘Seribu Warna ZUS’.
Kempen Ramadan-Raya ZUS Coffee, ‘Seribu Warna ZUS’.

ZUS Coffee, Bulan Bintang bekerjasama dalam kempen Ramadan-Raya

KUALA LUMPUR: ZUS Coffee, jenama rangkaian kopi tempatan yang sedang pantas berkembang menjalinkan kerjasama dengan jenama fesyen tempatan terkenal Bulan Bintang, untuk kempen Ramadan-Raya ZUS Coffee, 'Seribu Warna ZUS'.

ZUS Coffee dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu merayakan kekayaan tradisi Malaysia sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan perayaan Aidilfitri yang penuh kegembiraan.

"Sempena kerjasama ini adalah pengenalan eksklusif dua minuman satu liter baharu di 'The Terrrrpaling Raya Fashion Show' oleh Bulan Bintang.

"Kempen 'Seribu Warna ZUS' ingin menangkap semangat keselarasan dalam kepelbagaian budaya Malaysia. ZUS Coffee telah memberikan Vietnamese Spanish Latté wajah baharu dengan botol satu liter baharu," katanya.

Selain itu, Watermelon Berry Refresher adalah satu penambahan baharu yang berasal daripada Siri Tembikai yang dilancarkan semasa Tahun Baharu Cina pada Januari.

"Sama ada berbuka puasa bersama orang tersayang atau berada dalam kesesakan jalan raya, botol satu liter ini menawarkan kenikmatan bila-bila masa, di mana-mana.

"Penyertaan Bulan Bintang menambah kepada perayaan warna dan komuniti, yang adalah tiang seri kempen 'Seribu Warna ZUS'. Dikenali dengan barisan fesyen yang menjadi sebahagian daripada perayaan keluarga, pertunjukan fesyen Bulan Bintang pada 17 Februari, dijadikan sebagai penghormatan kepada semangat perayaan.

Sempena musim perayaan ini, ZUS Coffee menghulurkan jemputan kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen 'Seribu Warna ZUS' dengan minuman istimewa satu liter ZUS Coffee, yang direka untuk menyatukan orang ramai semasa Ramadan.

"Ini adalah peluang untuk mencipta memori baharu dan meraikan kesatuan serta kepelbagaian. Bersama-sama, mari kita lukis kanvas Malaysia kita dengan seribu warna kegembiraan," katanya.

Berita Harian X