Selasa, 6 Februari 2024 | 6:01pm
atuk Dr Azizan Osman.
atuk Dr Azizan Osman.

33 usahawan capai jualan RM1 juta ke atas pada Januari

SHAH ALAM: Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Dr Azizan Osman dan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) meraih jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Azizan berkata, pencapaian itu membuktikan bahawa golongan usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

"Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam tiga minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

"Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan," katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

"Jika anda lebih bersedia untuk main 'permainan' ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

"Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka," jelasnya.

Azizan berkata, meskipun ketika pasaran 'lemah' tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

"Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

"Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit," katanya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini yang mana boleh didaftar menerusi laman web syarikat itu.

Berita Harian X