Khamis, 27 Oktober 2022 | 2:27pm
Pengarah Urusan SAAG Travel & Tours Sdn Bhd Shaiful Afras Ab Ghani bersama isterinya, Pengarah Eksekutif SAAG Travel & Tours Noradatulsima Saiman.
Pengarah Urusan SAAG Travel & Tours Sdn Bhd Shaiful Afras Ab Ghani bersama isterinya, Pengarah Eksekutif SAAG Travel & Tours Noradatulsima Saiman.

SAAG Travel & Tours sasar bawa 2,000 jemaah umrah

KUALA LUMPUR: SAAG Travel & Tours Sdn Bhd menyasarkan untuk membawa 2,000 pelanggan mengerjakan umrah pada tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Shaiful Afras Ab Ghani, berkata pihaknya turut meletakkan sasaran untuk mendapatkan lebih banyak Visa Haji pada 2023 bagi menyantuni jemaah haji seperti yang berjaya dilakukan mereka pada tahun ini.

"Sebagai syarikat Umrah dan Ziarah yang baharu dan masih bertatih, adalah menjadi hasrat kami dalam menyediakan sekurang-kurangnya dua penerbangan sebulan, di samping sekurang-kurangnya 80 jemaah sebulan untuk tahun hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Saiful berkata, berdepan cabaran seperti kenaikan harga operasi saban tahun oleh kerajaan Arab Saudi, ketiadaan pesawat serta ketidakstabilan mata wang di pasaran dunia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Kami pernah menangguhkan operasi selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19, namun ia menjadikan kami semakin kuat untuk berdiri sebaris dengan syarikat lain yang lebih lama dalam industri ini.

"Pengalaman menguruskan syarikat Audit dan pengurusan sebelum ini digunakan sebaiknya dalam menghadapi rintangan serta cabaran yang mendatang.

"SAAG Travel & Tours kini berhasrat supaya dapat menjadi syarikat penyedia perkhidmatan umrah yang berdaya saing dan sebagai syarikat yang mampu menawarkan pakej terbaik supaya misi 'Semua Orang Dapat Mengerjakan Umrah' dapat direalisasikan dalam jangka masa terdekat," katanya.

SAAG Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan tiga pakej iaitu Ekonomi, Separa Ekonomi dan Premium.

Semua pakej disertakan dengan peluang menaiki tren kelajuan tinggi Haramain dan menziarahi bumi Taif.

Turut disediakan mutawwif yang berpengalaman bersedia bagi memberikan tunjuk ajar sepanjang ibadah umrah.

Berita Harian X