Khamis, 8 September 2022 | 5:29pm
Jelitawan Glam, M7 Medics diketuai Ng Lee Chin (duduk paling tengah).
Jelitawan Glam, M7 Medics diketuai Ng Lee Chin (duduk paling tengah).

M7 Medics sasar kaum Melayu

KUALA LUMPUR: Dari bidang akauntan terjun ke dunia perniagaan termasuk kesihatan serta kecantikan estetik, wanita kelahiran Raub, Pahang bernama Ng Lee Chin, 41, ini cukup positif memperkasakan golongan wanita khususnya.

Pada 2021 bersama rakan kongsinya, terhasillah syarikat M7 Medics Sdn Bhd yang juga syarikat subsidiari di bawah Jade Marvel Group Bhd.

Beribu pejabat di Wisma Chuang, Bukit Bintang, Lee Chin memikul peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama syarikat berkenaan.

"Sasaran kami ialah untuk mengembangkan syarikat yang khusus kepada khalayak sasaran orang Melayu yang menjadi populasi terbesar di Malaysia. Tanpa ragu produk kami ada sijil Halal dan pengesahan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Selepas di Wisma Chuang, kami juga dalam rangka mewujudkan lebih 10 pusat kecantikan sehenti dipanggil Glam. Setakat ini, selain ibu pejabat, Glam juga sudah ada di Kota Bharu, Kelantan, Gombak dan Bangi.

"Ketiga-tiga pusat Glam itu akan beroperasi secara sepenuhnya bulan depan. Kami kini turut menggunakan khidmat pempengaruh media sosial selain menyertai pameran dan karnival untuk mempromosikan jenama kami," katanya yang turut pernah menceburi kerjaya juru audit sekitar 10 tahun lalu.

Kata Lee Chin lagi, pihaknya juga mahu menjadi sebagai platform unik mewujudkan gaya hidup sihat dengan menawarkan harga berpatutan.

"Glam itu sendiri diambil daripada perkataan 'glamorous'. Kami percaya setiap daripada kita semua mempunyai sisi glam itu, ia hanya perlu diserlahkan dan bukan 'dipendam'.

"Kami tawarkan pelbagai rawatan seluruh anggota badan termasuk suntikan sel stem, pengurusan badan menerusi mesin EM Curve selama 30 minit yang memberi kesan seperti membuat 20,000 bangkit tubi serta rawatan kecantikan kulit wajah.

"Tak ketinggalan produk makanan tambahan dan kesihatan seperti Toco-R Tocotrienols Plus Softgel yang mempunyai ekstrak minyak kelapa sawit dengan pelbagai faedah termasuk anti kanser.

"Untuk lebih lanjut boleh ke Instagram (IG), @glamofficialmy atau @healthvalley.my," katanya.

Kata Lee Chin lagi, sekitar 2019 lagi, syarikatnya juga menjadi pengedar produk perubatan diiktiraf.

"Ia termasuklah Kit ujian pantas (RTK) antigen menggunakan sampel air liur dan menerusi lubang hidung ketika era pandemik COVID-19," katanya.Bangkit di era pandemik, Lee Chin berkata 100 peratus pekerjanya juga terdiri daripada golongan wanita.

"Paling muda kami tawarkan jawatan kerja kepada gadis berusia 22 tahun. Kami tahu di era pandemik, ada pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan.

"Tapi kami sebaliknya mengekalkan pekerja dan menawarkan pekerjaan kepada wanita. Kami buka peluang kerja mereka yang mempunyai kelayakan berpendidikan tinggi dan sebaliknya.

"Bagaimanapun, ia tidak bererti kami melakukan diskriminasi kepada lelaki. Sebaliknya, mengangkat dan memperkasa wanita dalam dunia keusahawanan dan kecantikan" katanya.

Berita Harian X