Rabu, 30 March 2022 | 3:22pm
Majlis menandatangani MOU memperkasakan semula Industri pendidikan kanak-kanak.
Majlis menandatangani MOU memperkasakan semula Industri pendidikan kanak-kanak.

Showme Eduwav bantu institusi pendidikan terjejas COVID-19

CYBERJAYA: Showme Eduwav Berhad baru-baru menjalinkan kerjasama dengan lima syarikat berkaitan pendidikan dan latihan dalam usaha memperkasakan semula sektor pendidikan awal kanak-kanak yang 'lumpuh' akibat penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Redzuan Abdul Aziz berkata, kolaborasi itu bertujuan membentuk satu kerjasama antara pemain-pemain sektor pendidikan dengan memanfaatkan kepakaran masing-masing.

Beliau berkata, usaha itu akan memberi tumpuan kepada penyediaan kandungan pendidikan digital dan latihan bagi menaik taraf kemahiran guru-guru taska dan tadika swasta.

"Seperti yang kita tahu, Covid-19 memberi kesan yang teruk kepada pendidikan khususnya di tadika dan taska. Bahkan pada tahun lalu sahaja kira-kira 3,000 pusat pendidikan itu terpaksa gulung tikar.

"Jadi hasrat kami melalui kerjasama ini adalah untuk mencari jalan 'pemulihanan' yang dapat mengurangkan keciciran pendidikan kanak-kanak di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU bersama syarikat Pipakids International Sdn Bhd, Helsinki International Schools, Ecce Educator Training Academy Sdn Bhd, Pilihan Bestari Sdn Bhd dan Akademi Generasi mukmin Eduzone Sdn Bhd. di sini baru-baru ini.

Majlis dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Nazree Mohd Yunus; Penolong Naib Canselor USIM, Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif Showme Eduwav, Engku Nur Zakiah Syed Mohamed dan Pengarah Pipakids International, Myra Max Henry Siwalette.

Hadir sama Pengarah Keedsflix Sdn Bhd, Azri Jenami; Pengarah Ecce Educator Traninig Academy, Azura Hanim Mohamed Zubir, Pengarah Akademi Generasi Mukmin Eduzone, Norsazali Abdullah, dan Pengarah Pilihan Bestari, Faridah Abdullah Redzuan berkata, kerjasama dengan Keedsflix Sdn Bhd melibatkan penyediaan kandungan pendidikan digital yang membolehkan pihak tadika atau taska meneruskan pembelajaran secara online atau offline (rakaman).

"Sepanjang pandemik, kita saksikan banyak tadika yang terpaksa tutup operasi kerana tidak dapat menjalankan pengajaran kerana tidak bersedia dengan pendidikan secara online.

"Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak mahu membayar yuran persekolahan dan akhirnya menjejaskan operasi pihak sekolah.

"Jadi kami akan memperkenalkan sistem pendidikan yang lengkap mengikut apa yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghasilkan silibus yang menepati keperluan,'' katanya.

Selain itu kata beliau, pihaknya turut melihat kepada usaha pemerkasaan kemahiran tenaga pengajar di institusi pendidikan kanak-kanak melalui kerjasama dengan rakan kolaborasi, Ecce Educator Training Academy.

Pada majlis itu, Showme Eduwav yang merupakan syarikat pendidikan berpengkalan di Terengganu, turut mengumumkan Road To IPO 2025.

Pada majlis itu, Keedsflix turut menaja 1,000 ID (akaun pendidikan) percuma yang bernilai RM199,000 kepada USIM untuk diberikan kepada pelajar dari keluarga B40 dan juga asnaf.

Sementara itu, Pengarah Keedsflix, Azri Jenami berkata, ID berkenaan menawarkan program pengajian secara online yang setiap satu berharga RM199 untuk tempoh setahun.

"Program E-Learning Keedsflix membantu bukan sahaja ibu bapa yang memiliki anak-anak berumur antara tiga hingga lapan tahun tetapi boleh dilanggan untuk memperkukuh operasi tadika sedia ada.

Berita Harian X