Isnin, 14 Februari 2022 | 7:45pm
Pengasas Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya berbincang sesuatu dengan duta koleksi BellaRaya 2022 Fasha Sandha bersama koleksi raya terbaharu untuk pasaran seluruh Malaysia, Brunei Dan Singapura.
Pengasas Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya berbincang sesuatu dengan duta koleksi BellaRaya 2022 Fasha Sandha bersama koleksi raya terbaharu untuk pasaran seluruh Malaysia, Brunei Dan Singapura.

Bella Ammara lantik Fasha, Zizi sebagai duta produk

KUALA LUMPUR: Bella Ammara, syarikat yang telah bertapak selama 10 tahun dalam industri pakaian Muslimah kini membuka lembaran baharu dengan menjalinkan kerjasama menerusi pelantikan dua wajah baharu bagi koleksi Ramadan dan Raya Bella Ammara.

Pelantikan dua artis terkenal Malaysia, Fasha Sandha dan Zizi Kirana itu seiring dengan minat pengasasnya, Sharifah Nabilla Al-Yahya yang tertarik dengan karakter mereka selain kisah penghijrahan Zizi.

Dalam pada itu, pelantikan dua selebriti itu sebagai duta untuk koleksi raya juga bertujuan bagi membantu wanita menjana pendapatan bagi Koleksi BellaRaya 2022 pada musim perayaan ini.

Sharifah Nabilla Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Belle Al-Yahya memilih mereka untuk kerjasama koleksi Telekung Raya pada tahun ini dan mensasarkan jualan RM8,000,000 untuk keseluruhan 26,000 set telekung pada musim Ramadan dan Syawal tahun ini melalui jualan ejen dan stokis.

"Setiap koleksi berharga bermula dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set telekung yang dilengkapi dengan telekung kapas premium, sejadah, beg tote, beg kanvas dan kotak eksklusif yang sangat sesuai untuk diberi sebagai hadiah.

"Lebih dari 100,000 set telekung yang telah dijual pada tahun lepas dan kebanyakannya amat berpuas hati dengan hasil kualiti produk dan khidmat pelanggan daripada kami.

"Set telekung ini juga sangat sesuai untuk diberi hadiah kepada yang tersayang dan juga ibadah harian untuk diri sendiri," katanya.

Bella Ammara kini mempunyai lima butik fizikal di Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Sungai Petani dan Johor Bahru selain agen jualan di seluruh Malaysia, Brunei serta Singapura. Dia bergiat aktif di laman sosial Instagram dengan lebih daripada 860,000 pengikut dan Facebook ( 550,000 pengikut) dan laman sesawang www.bellaammara.com

"Semoga dengan perlantikan ini dapat membantu ramai wanita diluar sana untuk menjana pendapatan bersama kami," katanya.

Berita Harian X