Isnin, 6 Disember 2021 | 12:42pm
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UGreat International Sdn Bhd, Mohd Taufik Mohd Samsuddin.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UGreat International Sdn Bhd, Mohd Taufik Mohd Samsuddin.

CEO UGreat kongsi pengalaman berniaga 'era COVID-19'

KUALA LUMPUR: Di sebalik musibah yang melanda dunia, ada rahmat yang terselindung apabila menjadikan manusia lebih kreatif dan memanfaat teknologi terkini dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Jika sebelum ini, mereka yang terbabit dalam dunia perniagaan melakukan urusan perniagaan jual beli secara fizikal atau offline tetapi apabila dunia dilanda wabak COVID-19, corak perniagaan beralih arah kepada atas talian dan ternyata perubahan itu memberi rezeki yang tidak disangka.

Pengasas produk kesihatan dan kecantikan , Mohd Taufik Mohd Samsuddin, antara yang turut terjejas apabila perniagaan yang baru saja diasaskannya pada Januari 2020 terpaksa bergelut dengan 'ancaman' COVID-19 dan arahan kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak besar kepada perniagaan yang baru bertatih itu.

Apa lagi dayanya apabila semua orang diarah 'berkurung' di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu termasuklah beliau dan kakitangannya sendiri.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UGreat International Sdn Bhd itu dan pasukannya terus bekerja keras bagi memastikan kelangsungan perniagaan itu.

Berbekalkan 12 tahun pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran, beliau tekad untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya bersama bakal usahawan baru.

"Ini kerana kami yakin dalam keadaan apapun penjagaan kesihatan sangat penting terutama pada musim pandemik ini.

"Tubuh perlu mempunyai sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit," katanya.

UGreat International mengeluarkan produk makanan tambahan iaitu UGCare, minuman kesihatan UGCafe dan produk semburan yang berfungsi sebagai penyegar kulit kering, UG-PROACTIVE.

"Pada awalnya semua berjalan dengan baik dan lancar tetapi dunia dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang turut melanda Malaysia. Ia sedikit sebanyak menjejaskan perancangan saya untuk mengembangkan syarikat.

"Daripada perniagaan fizikal, syarikat bertukar kepada perniagaan atas talian. Bermula dengan pengedar sah untuk UGCare dan tidak menyangka mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pengguna," katanya.

Kini kata Taufik, UGreat International melebarkan sayap perniagaan ke negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta negara Benua Afrika seperti Uganda, Tanzania, Nigeria dan beberapa negara.

"Ketika dunia di landa wabak COVID-19, orang ramai sangat mementingkan penjagaan kesihatan kerana kuman yang tidak nampak pada mata kasar itu amat merbahaya sehingga boleh membawa maut.

"Produk UGCare yang sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan golongan, kini ditambahbaik formulasi tambahan BlueGreen Algae (AFA) dengan versi terbaru iaitu UGCare Plus," katanya.

Pada awal tahun 2021 bersama satu lagi produk iaitu UGProactive, syarikat telah berjaya menembusi pasaran hampir 20 buah negara dengan hampir 30,000 ejen dan pengguna secara keseluruhan. Kuasa pemasaran atas talian juga turut menjadi sokongan yang kuat kepada Taufik untuk memanfaatkannya ketika pandemik Covid-19 yang melanda.

"Alhamdulillah, fasa endemik membolehkan pihak syarikat untuk lebih fokus mengeluarkan lebih banyak produk baru dan melakukan acara secara atas talian.

"Kami juga dalam fasa akhir untuk melancarkan produk minuman kesihatan UGCafe pada penghujung tahun 2021," katanya.

Selepas hampir dua tahun bekerja keras, baru-baru ini UGreat International diiktiraf sebagai ''Outstanding Lifestyle Beauty & Health Company of the Year Malaysia SME Category' pada majlis 'Made for The World Excellence Awards 2021'.

"Kami sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan oleh NiagaTimes.Com dan saya dedikasikan anugerah ini kepada semua yang terbabit secara langsung ataupun tidak langsung dalam perkembangan UGreat International.

"Dengan kejayaan ini, syarikat dalam perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak produk yang sesuai untuk seisi keluarga dan ingin memastikan '1 Rumah, 1 Produk UGreat!' dengan mensasarkan 1 juta pengguna dalam tempoh 5 tahun akan datang," katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar UGreat International dan menjana pendapatan sampingan atau menjadikan kerjaya sepenuh masa, anda boleh berhubung dengan wakil syarikat di talian +601120923582 atau layari laman web ugreatinternational.com.

Untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat dan program-program anjuran UGreat International pula, anda boleh mengikuti kami di media sosial dengan merujuk carian nama ' UGreat International' di Facebook, Instagram dan Saluran Telegram.

Berita Harian X