Jumaat, 7 Jun 2024 | 1:23pm
Siri telefon pintar Honor 200. - NSTP/GENES GULITAH
Siri telefon pintar Honor 200. - NSTP/GENES GULITAH

HONOR 200 Pro: Ciri premium, fotografi potret taraf studio

KUALA LUMPUR: HONOR buat pertama kalinya membawa masuk versi Pro Siri HONOR 200 ke Malaysia berikutan permintaan yang menggalakkan daripada peminat HONOR di negara ini.

HONOR 200 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan premium yang menawarkan keupayaan fotografi potret serta ciri peringkat perdana yang diperoleh daripada HONOR Magic6 Pro premium.

Syarikat itu berkata, ciri gred perdana yang berkuasa yang ditawarkan oleh HONOR 200 Pro antaranya ialah sensor kamera utama H9000 yang kuat di mana HONOR 200 Pro menampilkan gabungan kamera berkuasa yang mampu merakam potret setaraf studio.

Ia berkata, untuk mencapai matlamat ini, susunan kamera termasuk kamera 50MP yang dilengkapi dengan sensor kamera utama H9000 satu atau 1.3 inci yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR di mana sensor ini juga digunakan dalam HONOR Magic6 Pro.

Sensor itu turut disertakan dengan sistem anti-goyang Penstabilan Imej Optik Dwi (OIS) dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan terperinci walaupun dalam pencahayaan malap dan dalam senario pergerakan pantas seperti menangkap seseorang yang sedang berlari atau burung yang sedang terbang.

Selain itu, HONOR 200 Pro mempunyai Kamera Telefoto 50MP yang menggunakan penderia Sony IMX 856 yang sesuai digunakan untuk menangkap potret dan objek jauh dengan ketajaman dan kejelasan yang luar biasa.

"Kemasukan Sony IMX 856 menjadikan siri HONOR 200 telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai sensor baharu yang berkuasa.

"HONOR 200 Pro juga menampilkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh yang besar, jenis yang sama seperti yang digunakan dalam telefon utama siri HONOR Magic di mana ia membolehkan HONOR 200 Pro menawarkan prestasi dan hayat bateri yang luar biasa dengan penstriman muzik berterusan sehingga 61 jam dengan sekali cas," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, HONOR 200 Pro menyepadukan teknologi HONOR SuperCharge Berwayar 100 Watt (W), membolehkan pengecasan penuh dalam masa 41 minit serta menawarkan pengecasan wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge.

Ia berkata, HONOR 200 Pro dikuasakan oleh pemproses mudah alih 'Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3' terkini dengan menampilkan kelajuan jam yang pantas sehingga 3 gigahertz (GHz) dan membolehkan HONOR 200 Pro menjalankan permainan intensif grafik bagi memastikan responsif masa nyata yang lancar apabila berinteraksi dengan aplikasi.

"Untuk menawarkan ketersambungan yang lancar, HONOR 200 Pro turut menampilkan cipset penambahbaikan HONOR (C1 + RF) yang memastikan ketersambungan optimum walaupun di kawasan yang mempunyai ketersediaan rangkaian yang lemah sambil turut mempertingkatkan prestasi rangkaian 5G," katanya.

Pengenalan MagicOS 8.0 kepada telefon siri HONOR termasuk HONOR 200 Pro membawa kuasa kecerdasan buatan (AI) kepada telefon pintar ini.

"Bagi menampilkan AI di peringkat platform bersepadu dan antara pengguna berasaskan 'intent-based user interface' (IUI), MagicOS 8.0 boleh mentafsirkan niat pengguna dengan menawarkan pengalaman yang lebih selamat terhadap aplikasi pilihan pada paparan," katanya.

Berita Harian X