Rabu, 5 Jun 2024 | 10:36pm
HUAWEI WATCH FIT 3 juga meningkatkan pengurusan kecergasan secara keseluruhan. - FOTO HUAWEI
HUAWEI WATCH FIT 3 juga meningkatkan pengurusan kecergasan secara keseluruhan. - FOTO HUAWEI

HUAWEI WATCH FIT 3 bantu pengguna capai matlamat kecergasan, kesihatan

MEMILIKI jam tangan pintar dalam dunia celik teknologi hari ini sinonim dengan mengekalkan hubungan dan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, peranti pintar yang dilengkapi ciri kesihatan tambahan seperti pemantauan kesihatan, penjejakan kadar jantung dan analisis kualiti tidur selalunya dijual pada harga tinggi.

Namun, HUAWEI menawarkan pilihan lebih berpatutan yang dilengkapi pelbagai ciri pengurusan kecergasan dan kesihatan menyeluruh bagi memenuhi pelbagai aspek kesejahteraan iaitu HUAWEI WATCH FIT 3.

HUAWEI WATCH FIT 3 dilengkapi ciri seperti pengurusan kalori, keupayaan untuk menggunakan 'food library' yang dikemas kini dan disesuaikan mengikut selera rakyat Malaysia untuk pengiraan kalori yang lebih mudah.

Selain itu, ia menyediakan lebih 100 cadangan mod senaman dalam dan luar rumah termasuk pilihan baharu seperti bola sepak, bola keranjang, dayung, e-sukan dan larian trek bagi membantu pengguna mencapai sasaran kalori aktiviti.

HUAWEI WATCH FIT 3 dilengkapi ciri Activity Rings 2.0 yang mengumpulkan data aktiviti berdasarkan kiraan langkah, tempoh berdiri dan penggunaan kalori daripada senaman bagi memastikan pendekatan holistik untuk menjejaki aktiviti fizikal, selain memupuk tabiat yang konsisten.

HUAWEI WATCH FIT 3 juga meningkatkan pengurusan kecergasan secara keseluruhan dengan membimbing pengguna bagi mencapai berat badan idaman.

HUAWEI WATCH FIT 3 menawarkan pengurusan kesihatan yang komprehensif seperti ciri pemantauan tidur yang lebih mendalam bagi menjejak corak dan kualiti tidur, selain memberikan skor tidur berserta cadangan penambahbaikan melalui HUAWEI Health.

Ia juga boleh mengesan pernafasan tidak normal ketika tidur, sekali gus meningkatkan kualiti tidur.

Selain itu, HUAWEI WATCH FIT 3 juga mampu memantau kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah, tahap tekanan dan kitaran haid bagi memastikan pengguna sentiasa mengetahui status kesihatan mereka secara keseluruhan.

HUAWEI turut mempertingkatkan penderia pemantauan jantung pada HUAWEI WATCH FIT 3 yang dikuasakan oleh HUAWEI TruSeen™ 5.5 yang memberikan bacaan kardiovaskular lebih tepat bagi membantu menganalisis prestasi senaman dan meningkatkan keupayaan pemantauan kesihatan pengguna.

Dengan ciri-ciri komprehensif ini, HUAWEI WATCH FIT 3 mampu membantu pengguna dalam mencapai matlamat kecergasan dan kesihatan dengan lebih berkesan dan cekap.

Tahan lasak, lebih ringan

HUAWEI WATCH FIT 3 menggabungkan skrin segi empat tepat dengan reka bentuk nipis bagi menghasilkan jam yang ringan namun tahan lasak dengan ukur lilit 9.9mm dan berat 26g (tanpa tali).

Rekaan HUAWEI WATCH FIT 3 yang optimum dan anggun terasa lebih ringan dan selesa di sekeliling pergelangan tangan bagi menampilkan reka bentuk yang lebih seimbang secara ergonomik, di samping mahkota merah ikonik yang menarik perhatian.

Menggunakan ciri pada HUAWEI WATCH FIT 3 lebih mudah dengan butang fungsi dan paparan sekeliling jam yang boleh berputar bagi memberikan akses mudah kepada fungsinya yang pelbagai.

Dengan tawaran paparan muka jam yang menakjubkan, termasuk muka jam Galeri dan Gaya boleh diperibadikan, HUAWEI WATCH FIT 3 membolehkan pengguna menyerlahkan personaliti dan minat dengan mudah.

Boleh disambungkan dengan peranti Android dan iOS, HUAWEI WATCH FIT 3 menawarkan sambungan telefon pintar yang lancar.

Untuk pengguna iOs, anda cuma perlu memuat turun aplikasi HUAWEI Health di Apple App Store atau mengimbas kod QR pada kotak WATCH FIT 3 untuk pengguna Android.

HUAWEI WATCH FIT 3 mempunyai ketahanan bateri yang mengagumkan sehingga 10 hari dengan sekali cas atau sehingga tujuh hari dengan penggunaan yang lebih kerap.

Ia juga menawarkan ciri yang memudahkan urusan kehidupan seharian seperti modul NFC berbilang fungsi untuk penambahan kad akses (tersedia dalam edisi Grey Nylon dan White Leather), sokongan panggilan telefon Bluetooth, peringatan kalendar supaya urusan harian kekal teratur dan penggera yang lembut bagi membangunkan pengguna daripada tidur tanpa gangguan.

HUAWEI WATCH FIT 3 boleh didapati dalam enam varian warna seperti hijau, hitam, putih bulan dan merah jambu dalam tali fluoroelastomer, manakala kelabu dalam tali nilon dan putih dalam tali kulit.

Image

Ia dijual pada harga bermula RM599 dan setiap pembeli layak untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai RM89.

Miliki HUAWEI WATCH FIT 3 hari ini dengan mengunjungi HUAWEI Experience Stores di seluruh negara, laman web HUAWEI Official, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee dan Kedai Utama HUAWEI di Lazada.

Berita Harian X