Selasa, 14 Mei 2024 | 1:02pm
CelcomDigi Bhd -NSTP/AZIAH AZMEE
CelcomDigi Bhd -NSTP/AZIAH AZMEE

CelcomDigi tawar jualan istimewa pertengahan tahun

KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd mengumumkan rangkaian tawaran baharu istimewa yang tersedia mulai sekarang sehingga 10 Jun ini.

Menurut syarikat telekomunikasi itu, tawaran berkenaan termasuk rebat menarik pada telefon 5G terkini, hadiah percuma, penstriman 5G tanpa had dan diskaun eksklusif membabitkan pelbagai jenama.

"Pelanggan berpeluang untuk menikmati rebat tambahan sehingga RM360 apabila menaik taraf peranti mereka kepada mana-mana siri iPhone 15 atau siri Samsung Galaxy S24 dengan pelan ansuran peranti Easy360 CelcomDigi.

"Pelanggan yang membeli siri Samsung Galaxy S24 dengan Easy360 juga akan menerima sepasang Galaxy Buds FE secara percuma," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

CelcomDigi berkata,pelanggan juga boleh mendapatkan langganan tiga bulan Viu Premium secara percuma apabila membeli telefon 5G dan Internet 5G/4G 150GB dengan Pakej MegaJimat bersama-sama dengan mana-mana pelan CelcomDigi Fiber atau WiFi 5G Home.

"Untuk pakej 'semua dalam satu' terbaik untuk keluarga, pelanggan boleh mendapatkan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260, yang menawarkan Internet 5G/4G tanpa had, telefon 5G terkini dan gentian rumah 300Mbps pada hanya RM201/bulan.

"CelcomDigi Prabayar 5G Edisi Biru dan Kuning juga telah dipertingkatkan dengan penstriman 5G tanpa had di YouTube, Netflix, Viu dan iQIYI, sesuai untuk menonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

"Ini adalah tambahan kepada kuota Internet 10GB 5G/4G tambahan dan 5x tempat liputan tambahan. Tawaran ini akan tersedia sehingga 12 Ogos 2024," katanya.

CelcomDigi menambah, pelanggan juga boleh menebus diskaun eksklusif sehingga 20 peratus untuk pelbagai jenama termasuk Anta, Puma dan Rip Curl melalui halaman Ganjaran dalam aplikasi Celcom Life dan MyDigi.

"Mulai hari ini, pelanggan boleh menikmati tawaran ini dengan melayari laman web CelcomDigi atau mana-mana kedai CelcomDigi. Semua tawaran tersedia untuk masa yang terhad sahaja, jadi jangan lepaskan peluang ini," katanya.

Berita Harian X