Jumaat, 1 March 2024 | 3:59pm
HONOR Magic6 Pro.
HONOR Magic6 Pro.

Honor Magic 6 masuk pasaran Malaysia bulan ini

KUALA LUMPUR: HONOR Magic6 Pro dijangka bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi selepas pelancarannya di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, baru-baru ini dengan membawa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan kecerdasan buatan (AI).

HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori paparan, bateri dan swafoto bagi mengatasi pesaing terkemuka seperti Samsung, Apple dan Google Pixel, peranti berprestij ini mendapat markah sebanyak 157 dalam kategori bateri, mengatasi Oppo Find X6 Pro.

Dalam kategori paparan pula, HONOR Magic6 Pro mendapat markah 157, mengatasi Samsung Galaxy S24 Ultra dan Google Pixel 8 Pro yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Peranti 'flagship' ini juga mendapat kedudukan kedua dalam kategori audio dan HONOR Magic6 Pro menerima penarafan 'Gold' dalam semua kategori ini, sekaligus menyerlahkan kecemerlangan peranti ini secara menyeluruh.

Katanya, ketika HONOR Magic5 Pro dikeluarkan tahun lalu, ia menerima sambutan hangat oleh pengguna di Malaysia, menjadikan Siri Magic antara peranti HONOR yang mendapat permintaan tertinggi, berikut ciri tercanggih yang ditawarkan dalam HONOR Magic6 Pro.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya dan merupakan sistem yang ebih canggih dari generasi sebelumnya.

Ia berkata, HONOR Magic6 Pro didatangi sistem Kamera Tele-falcon 180MP (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X dan Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) serta Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik. Peranti ini juga mengetengahkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri setakat ini, sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan di mana skrin HONOR Magic6 Pro menerima pengesahan pensijilan 'Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS' untuk pelbagai senario.

Tambahnya, paparan HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada material canggih dengan penambahbaikan 50 peratus dalam ketumpatan kristal. Peningkatan ini menghasilkan keupayaan penyerapan hentakan sehingga 10 kali ganda lebih besar berbanding kaca biasa.

Berita Harian X