Isnin, 19 Februari 2024 | 5:40pm
Bermula pada harga RM999, Samsung Galaxy A15 dan A25 5G dilengkapi ciri Samsung Wallet yang menawarkan nilai rebat sehingga RM720 setiap tahun. - FOTO Muhamad Shaifullah Tayep/BH
Bermula pada harga RM999, Samsung Galaxy A15 dan A25 5G dilengkapi ciri Samsung Wallet yang menawarkan nilai rebat sehingga RM720 setiap tahun. - FOTO Muhamad Shaifullah Tayep/BH

Samsung Galaxy A15, A25 5G tawar lebih nilai, rebat

TELEFON pintar hari ini mempunyai barisan spesifikasi yang hebat, tetapi ia menjadi teman hidup sebenar apabila fungsinya disepadukan dalam kehidupan seharian.

Justeru, ramai di antara kita mahukan telefon pintar yang berteknologi tinggi pada harga mampu milik.

Namun, telefon pintar mampu milik biasanya hadir dengan ciri asas dan tidak mempunyai fungsi hebat dan komponen perkakasan premium berbanding telefon pintar canggih.

Kini, anda boleh mencapai kedua-duanya dengan Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G daripada Samsung yang dilengkapi Samsung Wallet untuk kemudahan penyimpanan kad bayaran dan identiti, di samping memberikan ganjaran untuk setiap transaksi.

Ciri istimewa yang biasanya boleh didapati dalam siri telefon pintar mercu ini kini boleh diakses melalui siri telefon pintar mampu milik seperti Galaxy A15 atau Galaxy A25 5G pada harga bermula RM999.

Samsung Wallet menawarkan kemudahan penyimpanan dan pembayaran menggunakan kad daripada tujuh bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Standard Charted, HSBC dan Hong Leong Bank yang boleh digunakan di mana-mana peniaga yang menerima pembayaran tanpa sentuh.

Samsung Wallet menawarkan mata ganjaran Samsung Rewards dengan setiap transaksi yang boleh digunakan untuk menebus baucar dan promosi atau sebagai rebat untuk pembelian di Samsung.com.

Setiap mata Samsung Rewards boleh ditebus untuk ganjaran seperti baucar tiket wayang GSC bernilai RM15, Shopee dan Grab.

Pelbagai lagi ganjaran menarik boleh didapati seperti baucar mingguan secara percuma dan tawaran lain seperti diskaun 20 peratus Domino's Pizza dengan hanya menebus 1 mata ganjaran.

Selain itu, anda juga memaksimumkan mata ganjaran dan bayar hanya 1 peratus daripada nilai untuk mendapatkan telefon pintar mercu.

Lebih menarik, anda boleh mengumpul dan mendapatkan 2 kali mata ganjaran Samsung Rewards berserta ganjaran kad kredit dengan setiap transaksi di Samsung Wallet.

Naik taraf telefon pintar

Mata ganjaran Samsung Wallet turut membolehkan anda menerima rebat bernilai sehingga RM720 setiap tahun yang mana nilainya hampir sama dengan harga Galaxy A15.

Setiap transaksi yang dilakukan menggunakan Samsung Wallet layak untuk mendapat sehingga 2,000 mata Samsung Rewards dan terhad untuk 50 transaksi setiap bulan.

Kemudian, anda boleh menukar mata Samsung Rewards itu kepada rebat.

Setiap 1 mata Samsung Rewards bersamaan RM0.03, manakala setiap 2,000 mata yang dikumpul setiap bulan bersamaan dengan RM60 dan RM720 setahun.

Anda juga boleh menggunakan rebat itu untuk menaiktaraf kepada telefon pintar Samsung seterusnya sama ada siri Galaxy S atau Galaxy Z dalam tempoh tiga tahun.

Caranya, guna mata terkumpul selama tiga tahun sebanyak 72,000 bersamaan RM2,160 dan 'trade-in' telefon pintar sedia ada pada nilai RM500 bagi mendapatkan jumlah RM2,660 untuk menaiktaraf telefon pintar ke siri Galaxy S atau Galaxy Z

Mata Samsung Rewards yang ditukarkan kepada rebat bukan sahaja boleh digunakan untuk menaiktaraf telefon pintar, malah boleh digunakan untuk pembelian mana-mana produk Samsung di Samsung.com.

Lebih hebat, mata Samsung Rewards juga boleh digunakan untuk menebus pelbagai baucar daripada kategori berbeza seperti ZUS Coffee, GSC dan banyak lagi.

Nikmati ganjaran dengan baucar atau rebat untuk telefon pintar baharu dalam tiga tahun dengan Samsung Wallet.

Jaminan keselamatan

Pemasangan kad pada Samsung Wallet juga mudah dan hanya mengambil masa 1 minit menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC).

Caranya, buka aplikasi Samsung Wallet di telefon anda, daftar kad secara manual dengan memasukkan butiran kad, atau secara automatik dengan mengimbas kad menggunakan kamera atau meletakkan kad di bahagian belakang menggunakan fungsi NFC.

Klik butang 'Next' dan tunggu sehingga aplikasi selesai mengesahkan kad anda. Selepas itu, klik setuju dengan terma dan syarat.

Anda kemudian diminta untuk mengesahkan kad anda menggunakan mana-mana cara pengesahan yang dipaparkan pada skrin bergantung kepada penyedia institusi perbankan.

Ikut arahan sehingga selesai, termasuklah menurunkan tandatangan pada skrin.

Anda boleh menambah seberapa banyak kad yang layak dengan menekan ikon + pada skrin utama Samsung Wallet.

Sekiranya anda bimbang mengenai keselamatan ketika menggunakan Samsung Wallet, jangan risau kerana ia dilindungi Samsung Knox melalui kaedah pengecaman cap jari dan penyulitan bagi memastikan data penting pengguna dilindungi.

Semua maklumat sensitif anda akan disimpan dalam persekitaran terpencil bagi menawarkan lapisan pertahanan tambahan terhadap kemungkinan percubaan penggodaman.

Bagaimanapun, Samsung Wallet tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat pembayaran.

Sekiranya kehilangan peranti, anda juga boleh mengunci atau memadam peranti dari mana-mana sahaja menggunakan Smart Things Find dan seterusnya Samsung Wallet akan terkunci secara automatik.

Mampu milik

Samsung Galaxy A15 dan A25 5G bukan sahaja menawarkan nilai penjimatan melalui penawaran Samsung Wallet, tetapi boleh didapati pada harga mampu milik.

Ia masing-masing dijual pada harga bermula RM999 supaya setiap golongan dan generasi mampu untuk mencuba telefon pintar berteknologi tinggi mengikut aliran semasa.

Image

Samsung Galaxy A25 5G hadir dalam pilihan warna Hitam Biru, Biru dan Kuning, manakala Samsung Galaxy A15 boleh didapati dalam warna Hitam Biru, Biru Muda dan Kuning.

Kedua-duanya didatangkan dengan skrin Super AMOLED 6.5 inci berdefinisi tinggi penuh (FHD+) dengan Paparan Infinity-U yang lebih kos efektif kerana ia tidak memerlukan pemotongan laser pada lubang di kawasan paparan sebenar.

Malah, pemandangan ketika menggunakan telefon pintar juga tidak terganggu dengan lekuk U kecil pada skrin bagi memberikan anda kepuasan sebenar khususnya ketika bermain permainan video atau menonton video.

Image

Biarpun dijual pada harga berpatutan, Samsung masih mengekalkan kualiti kamera pada tahap tertinggi melalui penawaran lensa 13MP untuk kamera hadapan dan 50MP untuk kamera belakang bagi kedua-dua model Samsung Galaxy A15 dan A25 5G.

Anda pastinya seronok menikmati hasil kualiti gambar menakjubkan biarpun dalam situasi kurang cahaya atau waktu malam, namun masih menggunakan kos pemilikan telefon pintar yang mampu milik.

Image

Kedua-dua model Samsung Galaxy A15 dan A25 5G didatangkan dengan 8GB RAM + 256GB storan yang besar supaya anda boleh menyimpan gambar, video dan dokumen penting supaya mudah diakses pada bila-bila masa.

Image

Hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh berserta palam pengecasan pantas 25W, anda pastinya lega kerana tidak perlu mengecas telefon pintar dengan kerap setiap hari.

Sekali pengecasan penuh untuk kedua-dua model diyakini boleh bertahan sepanjang hari, biarpun anda berkejar ke beberapa lokasi bagi menyelesaikan urusan harian.

Samsung Galaxy A25 5G dilengkapi cip pemprosesan Exynos 1280, manakala Samsung Galaxy A15 dilengkapi cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6100+ bagi memberikan anda menggunakan telefon pintar yang lancar dan bebas sekatan.

Dapatkan Samsung Galaxy A15 atau A25 5G hari ini di kedai Samsung berdekatan atau melalui laman web Samsung.

Layari laman web Samsung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung Rewards.

Berita Harian X