Rabu, 7 Februari 2024 | 2:56pm
Honor Magic6 Pro di hantar ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim.
Honor Magic6 Pro di hantar ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim.

Uji ketahanan bateri, HONOR Magic6 Pro dihantar ke angkasa

KUALA LUMPUR: Honor Malaysia memuat naik surat kedua kepada

Samsung di Facebook semalam, mengusik telefon pintar jenama Korea Selatan itu dengan ucapan 'cas semula diri anda tetapi jangan terlalu kerap'.

Surat dari Siri Honor Magic6 ini dikongsi menjelang pelancaran model perdana baharu itu di Kongres Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari ini.

Honor Malaysia dalam satu kenyataan berkata, siri Honor Magic6 didatangkan dengan beberapa teknologi canggih dan antara ciri baharu hebat peranti ini adalah inovasi bateri karbon silikon yang turut digunakan dalam kenderaan elektrik Tesla.

Honor Magic6 Pro hadir dengan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh, kapasiti yang cukup besar untuk bertahan sepanjang hari selain menyokong pengecasan pantas 88W.

"Malah, bateri ini mampu menahan persekitaran suhu yang rendah. Buat masa ini, Honor Magic6 Pro satu-satunya telefon pintar perdana dari jenama utama di pasaran dengan kapasiti bateri melebihi 5500mAh.

"Cip Dipertingkat Kuasa Honor E1 Bateri karbon silikon generasi kedua ini disertakan dengan cipset baharu Cip Dipertingkat Kuasa Honor E1 untuk mengoptimumkan kecekapan pengecasan dan memastikan bateri bertahan lama walaupun dalam keadaan cuaca melampau termasuk suhu serendah -20 °C.

"Bagi menjamin keselamatan dan ketahanan bateri, Honor telah menjalankan beberapa siri ujian menyeluruh terhadap bateri karbon silikon generasi kedua tersebut.

"Salah satu ujian adalah mengirim Honor Magic6 Pro ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim. Ujian tersebut telah dirakam dan dimuatnaik di saluran YouTube HONOR," kata syarikat itu.

Mengoptimumkan kecekapan pengecasan dan memastikan bateri bertahan lama walaupun dalam keadaan cuaca melampau termasuk suhu serendah -20°C.
Mengoptimumkan kecekapan pengecasan dan memastikan bateri bertahan lama walaupun dalam keadaan cuaca melampau termasuk suhu serendah -20°C.

Bateri karbon silikon generasi kedua yang dibangunkan HONOR telah menerima pensijilan ternama dari UKCA, CE, GB Standards, CNAS dan UN38.3, sekaligus memenuhi piawaian industri yang ketat.

Honor Magic6 Pro menyokong pengecasan pantas 80W, naik taraf daripada generasi sebelumnya yang menggunakan 66W.

Pengecasan sangat pantas ini menjimatkan masa pengguna tanpa perlu menunggu lama untuk bateri peranti mereka penuh.

Berita Harian X