Isnin, 22 Januari 2024 | 1:57pm

Siri Samsung Galaxy S24 permulaan era baharu teknologi pintar

SEIRING peredaran masa, pelbagai teknologi turut berkembang maju.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi antara teknologi canggih yang semakin mendapat perhatian ramai.

Kebolehannya merangkumi pemahaman bahasa manusia, penjanaan idea serta adaptasi terhadap persekitaran menjadikan ia sebuah teknologi yang pasti memberikan kemudahan kepada masyarakat.

Menyedari akan kemajuan ini, penyedia peranti pintar terkemuka, Samsung tidak ketinggalan berinovasi menggunakan teknologi canggih ini melalui peranti terbaharu mereka, siri Samsung Galaxy S24.

Era baharu teknologi pintar

Berbeza dengan model sebelumnya yang hanya memfokuskan kepada kemas kini perkakasan dan spesifikasi, siri Samsung Galaxy S24 ini bakal membawa pengguna merasai pengalaman tercanggih menggunakan telefon pintar.

Pelancaran model ini sekali gus menandakan permulaan era baharu dalam dunia teknologi pintar.

Siri Samsung Galaxy S24 bakal menampilkan lima ciri utama yang dikuasakan oleh teknologi Galaxy AI seperti:

  1. Live Tanslate

Buat kali pertama, Samsung memperkenalkan ciri Live Translate, sistem terjemahan bahasa masa nyata sebagai bantuan menjawab panggilan. 

Tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga, terjemahan bahasa adalah serta-merta merentasi pelbagai bahasa yang berbeza.

  1. Chat Assist

Selain kemampuan menterjemah bahasa dalam panggilan, ciri Chat Assist yang ada pada siri Samsung Galaxy S24 juga berkebolehan menterjemah pelbagai teks tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Pengguna juga boleh menyesuaikan pelbagai gaya bahasa dan penulisan mengikut situasi yang diinginkan dengan mudah. 

Tidak terhenti di situ, teknologi canggih ini juga boleh membantu pengguna merangka mesej mahupun e-mel yang sempurna dengan hanya menaip beberapa kata kunci.

  1. Note Assist

Ciri Note Assist yang ada pada siri Samsung Galaxy S24 berupaya menyusun tulisan tangan yang kusut yang ditulis secara tergesa-gesa bagi memudahkan aktiviti mengambil nota.

Ia juga mampu menyusun semula nota pengguna dalam pelbagai format berbeza dan boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja dengan segera.

Di samping itu, teknologi canggih ini turut mencadangkan ejaan yang betul serta format tarikh dan masa pada nota selain mengkategorikan nota pengguna berdasarkan muka depan yang diperibadikan.

  1. Photo Assist

Dari segi fotografi pula, ciri Photo Assist pada siri Samsung Galaxy S24 memudahkan pengguna menyesuaikan sudut gambar disamping mencipta latar belakang baharu yang lebih menarik.

Pengguna juga boleh menyusun semula objek dengan cara memindahkan, buang atau ubah saiz orang dan objek, kemudian isi latar belakang yang kosong dengan mudah.

Bagi tujuan penyuntingan gambar pula, ciri Photo Assist boleh mencadangkan suntingan yang sesuai pada gambar tertentu seperti memberikan kesan potret, buang pantulan dan bayang-bayang, kesan latar belakang, pendedahan berlebihan serta memadam objek yang tidak diingini. 

  1. Circle To Search dikuasakan oleh Google

Jika ingin melakukan carian ketika melayari internet, pengguna hanya perlu membulatkan objek atau topik tersebut kemudian ciri Circle To Search yang dikuasakan oleh Google akan mencarinya dengan pantas.

Ia juga akan memberikan soalan dan carian lanjutan bagi memastikan pengguna memahami konteks carian mereka.

Pratempah sekarang

Pratempah siri Samsung Galaxy S24 yang dilengkapi Galaxy AI bermula daripada 18 Januari hingga 6 Februari 2024.

Setiap pratempah akan dilengkapi dengan peningkatan storan berganda bernilai RM500, e-baucar bernilai RM500, rebat tukaran sehingga RM650 serta diskaun untuk sebarang pembelian aksesori Samsung Care+.

Mulakan evolusi baharu teknologi pintar dengan siri Samsung Galaxy S24 yang dikuasakan teknologi canggih Galaxy AI hari ini. 

Ketahui lebih lanjut di laman sesawang Samsung Malaysia sekarang.

Berita Harian X