Isnin, 8 Januari 2024 | 10:41pm
Program ‘Inspire Future Dreams - 2023 Haier Media Engagement’ - Gambar ihsan Haier Malaysia
Program ‘Inspire Future Dreams - 2023 Haier Media Engagement’ - Gambar ihsan Haier Malaysia

Haier perkenal barisan produk baharu untuk 2024

KUALA LUMPUR: Haier Malaysia melancarkan barisan produk baharu yang bakal mendefinisikan pasaran elektronik pengguna dan perkakas rumah bagi tahun 2024.

Direka untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia, produk-produk baharu itu diperkenalkan pada program 'Inspire Future Dreams - 2023 Haier Media Engagement' baru-baru ini.

Antara produk yang diperkenalkan adalah pendingin hawa, peti sejuk, peti beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air dan perkakasan dapur.

Pelancaran produk terbabit menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pengguna menerusi falsafah 'Smart Living' dengan kualiti produk yang unggul dan lebih memudahkan pengguna.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing, berkata Haier mengutamakan kepuasan pelanggan mereka dalam memperkenalkan barisan produk baharunya.

"Kami mendedikasikan kajian dan ujian yang ketat untuk membangunkan produk-produk bermutu tinggi yang memenuhi keperluan pengguna moden hari ini.

"Usaha kami dalam menyediakan penyelesaian yang berorientasikan pelanggan dipandu oleh tekad untuk membolehkan 'Smart Living'.

"Menerusi rekaan produk inovatif, kami bermatlamat dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan yang tiada bandingannya," katanya dalam kenyataan.

Siri UV Cool Premium (VXA) dan UV Cool Smart (VRA) serba baharu menampilkan modul Wi-Fi secara terbina dalam, membolehkan pengguna mengawal pendingin hawa pada bila-bila masa, di mana jua dengan aplikasi Haismart di telefon atau tablet.

Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, pendingin hawa ini dilengkapi dengan teknologi penstrilan UVC.

Ia membantu menyamankan udara dengan mengeluarkan sinaran UVC sambil menjana ion negatif dan positif yang menghalang transmisi bakteria, virus dan zahrah yang merbahaya di udara.

Teknologi ini menerima penarafan daripada Texcell, dengan kadar keberkesanan sebanyak 99.991 peratus dalam menghapuskan SARS-CoV-2 dan kadar penghapusan virus sebanyak 99 peratus oleh SGS.

Haier turut memperkenalkan peti sejuk empat pintu HF-IM758LXG (B) yang didatangkan dengan aplikasi Haismart menyediakan kemudahan kepada pengguna.

Selepas menghubungkan peti sejuk dengan rangkaian Wi-Fi, pengguna boleh menguruskan makanan, mengawal mod dan suhu, serta menerima tips resipi-resipi masakan kegemaran pengguna menerusi aplikasi berkenaan.

Peti sejuk ini mempunyai skrin sentuh yang telah dibina secara terbina dalam untuk membantu pengguna melaras suhu dan tetapan-tetapan lain secara intuitif dan lebih elegan.

Ciri lain yang menarik ialah 'Daylight' yang menyediakan pencahayaan lebih baik dan sekata di seluruh peti sejuk.

Ciri ini bakal digemari ramai pengguna kerana peti sejuk akan diterangi sedikit demi sedikit dari belakang ke depan apabila pintu dibuka, walaupun dalam keadaan gelap.

Membasuh baju kini lebih senang dengan mesin basuh muatan depan, BD14266S8 yang bakal tiba.

Model ini boleh disambungkan dengan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal basuhan dari dalam rumah.

Ia juga didatangkan dengan panel paparan Colour Ai yang cerah dan elegan untuk kawalan tetapan lebih baik, mempertingkatkan pengalaman pengguna berbanding mesin basuh muatan depan biasa.

Berita Harian X