Isnin, 8 Januari 2024 | 2:05pm
HONOR Magic V2 adalah telefon pintar boleh lipat pertama di dunia dengan ketebalan di bawah 1cm.
HONOR Magic V2 adalah telefon pintar boleh lipat pertama di dunia dengan ketebalan di bawah 1cm.

Telefon pintar boleh lipat paling nipis, ringan

TELEFON boleh lipat hadir memikat hati orang ramai sejak beberapa tahun ini dengan reka bentuk inovatif dan potensinya dalam merevolusikan pengalaman mudah alih pengguna.

Walau bagaimanapun, faktor reka bentuk yang besar dan sukar digunakan menjadi halangan bagi telefon pintar boleh lipat mendapat penerimaan yang meluas dalam kalangan pengguna.

Bagi menyelesaikan masalah ini, HONOR tampil dengan HONOR Magic V2 yang lebih nipis dan ringan sekali gus menangkis batasan telefon pintar boleh lipat.

Dengan berat 231 gram, ketebalan 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm ketika dibuka, HONOR Magic V2 adalah peranti pintar boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia, seperti memegang telefon mercu yang hanya datang dengan satu skrin.

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2, HONOR Magic V2 juga selesa dipegang sama ada ketika dilipat mahupun dibuka, memberikan pengguna pengalaman penggunaan yang terbaik.

Nipis, ringan, tahan lama

Rahsia kejayaan HONOR memperkenalkan HONOR Magic V2 yang nipis dan ringan terletak pada teknologi bateri karbon silikon yang digunakan dalam peranti tersebut.

Bateri ini mempunyai profil nipis 2.72mm, jauh lebih nipis daripada bateri lithium-ion tradisional yang mampu memberikan kapasiti 5000mAh sekali gus membolehkan HONOR Magic V2 mengekalkan bentuknya yang nipis tanpa mengorbankan hayat bateri.

Selain teknologi bateri, HONOR telah menggunakan lebih 180 teknologi yang dipatenkan untuk mencapai pengalaman holistik termasuk antena sekeliling paling nipis setebal 3mm yang dibangunkan sendiri dan kebuk wap ultra-nipis bagi mengelak pemproses daripada panas.

Setiap elemen ini dioptimumkan dengan teliti bagi mendapatkan telefon pintar boleh lipat yang nipis dan tahan lama dengan prestasi cemerlang.

Sebelum HONOR Magic V2, industri percaya bahawa had fizikal antara muka Jenis-C dan mekanisme engsel akan menghalang telefon boleh lipat daripada mencapai ketebalan 11mm.

Walau bagaimanapun, HONOR melepasi jangkaan dengan pendekatan bijak mereka, membuktikan inovasi mampu menulis semula peraturan permainan.

Bukan itu sahaja, HONOR juga menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel yang lebih kukuh dan tahan lama serta menggunakan keluli proprietari yang dikenali sebagai HONOR Shield Steel untuk penggunaan seharian peranti.

Teknologi ini mengurangkan ketebalan sebanyak 25 peratus dan meningkatkan kekuatan sebanyak 20 peratus berbanding model terdahulu.

Selain itu, ia membolehkan HONOR Magic V2 menahan lebih 400,000 lipatan dan kekuatan engsel peranti ini melayakkannya memperoleh Pensijilan Standard Emas Kualiti Lipat Kebolehpercayaan Tinggi SGS.

HONOR Magic V2 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Januari 2024 secara dalam talian dan siaran langsung majlis boleh disaksikan menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 8 malam.

Saksikan majlis pelancaran untuk mengetahui tentang harga dan butiran lanjut mengenai peranti pintar boleh lipat ini.

Untuk lebih banyak kemas kini, layari laman sesawang HONOR.

Berita Harian X