Jumaat, 1 Disember 2023 | 5:18pm
Lee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran pelan pascabayar dan pelan keluarga UNI5G #Unstoppable.
Lee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran pelan pascabayar dan pelan keluarga UNI5G #Unstoppable.

Unifi perkenal pelan UNI5G #Unstoppable baharu

KUALA LUMPUR: Cabang perniagaan kepada pengguna Telekom Malaysia Bhd (TM), Unifi, hari ini melancarkan pelan pascabayar dan pelan keluarga UNI5G #Unstoppable terbaharu, memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dan membawakan pengalaman 5G dalam kehidupan seharian mereka.

Ketua Pegawai Komersial Segmen Pengguna Unifi, Jasmine Lee, berkata pelan mudah alih baharu ini menyediakan pelbagai nilai tambahan, membentuk semula sempadan ketersambungan dan digital yang memenuhi keperluan individu dan keluarga.

"Dalam memperkasakan negara digital, pelan baharu ini menjadikan teknologi 5G lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, dengan tumpuan penggunaan untuk seluruh keluarga.

"Dengan liputan mudah alih yang merangkumi lebih 95 peratus daripada populasi negara dan baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang Ookla 2023 dalam menyampaikan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia, pelan UNI5G kami memperkasakan individu dan keluarga untuk memanfaatkan 5G, tanpa menjejaskan kualiti dan dengan harga mampu milik," katanya kepada media selepas pelancaran produk itu di sini hari ini.

Ookla adalah peneraju global dalam risikan rangkaian dan pandangan berkaitan ketersambungan.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan mudah alih baharu melalui laman web Unifi di https://unifi.com.my/mobile/postpaid.

-BERNAMA

Berita Harian X