Jumaat, 1 Disember 2023 | 3:04pm
U Mobile - Gambar hiasan
U Mobile - Gambar hiasan

U Mobile perkenal pelan 5G baharu serendah RM15

KUALA LUMPUR: U Mobile melancarkan rangkaian pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu yang direka khas untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan bermula serendah RM15.

Menurut syarikat telekomunikasi itu, menerusi pilihan pelan U Postpaid Borneo 38, U Postpaid Borneo 68 dan U Prepaid Borneo 20 yang baharu, pelanggan Malaysia Timur dapat menikmati nilai paling berharga dengan ciri terbaik serta kadar harga mampu milik yang menjadi ciri istimewa UMobile selama ini.

Katanya, bagi pelanggan yang mencari pelan pascabayar dengan semua kemudahan tanpa had pada harga yang tiada tandingan, pelan U Postpaid Borneo 38 kini sedang ditawarkan pada harga promosi serendah RM28 sebulan.

"Pelan ini memberikan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, 'hotspot' tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih tempatan. Bagi mereka yang mencari pelan prabayar, U Prepaid Borneo 20 ditawarkan pada harga promosi serendah RM15 untuk data 5G sebanyak 2,000 gigabait (GB) dan data 4G sebanyak 120 GB tanpa sebarang sekatan kelajuan.

"Pelanggan juga akan dapat menikmati hotspot dan panggilan tanpa had. Bagi pelanggan yang sedang mencari telefon 5G terkini, mereka boleh menggabungkan pembeliannya dengan U Postpaid Borneo 68. Pelan yang berharga RM68 sebulan ini menawarkandata 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had.

"Tambahan pula, pelanggan U Postpaid Borneo 68 juga akan mendapat data sebanyak 200GB sebulan bagi perayauan di tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand," katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian, berkata U Mobile telah mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi di Semenanjung Malaysia dan kami berharap untuk menikmati kejayaan yang sama di Malaysia Timur melalui peningkatan fokus mereka di sana.

"Sebagai bukti komitmen, kami teruja untuk memperkenalkan pilihan pelan prabayar dan pascabayar baharu yang disediakan khusus untuk pelanggan kami di Malaysia Timur.

"Kami yakin pelan U Postpaid Borneo dan U Prepaid Borneo yang baharu ini akan menerima sambutan baik kerana kedua-duanya menawarkan nilai terbaik dengan ciri yang sukar ditandingi pada harga yang berpatutan.

"Data tanpa had, kelajuan tanpa had dan hotspot tanpa had memberikan fleksibiliti kepada pelanggan kami di Malaysia Timur untuk menikmati Internet Cara U melalui Rangkaian 5G nombor satu di Malaysia," katanya.

Berita Harian X