Khamis, 28 September 2023 | 1:38pm
Telefon lipat yang lebih baik dengan skrin lebih besar di bahagian luar, engsel tanpa celahan, dan cip yang lebih pantas. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Telefon lipat yang lebih baik dengan skrin lebih besar di bahagian luar, engsel tanpa celahan, dan cip yang lebih pantas. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Samsung Galaxy Z Flip 5: Skrin besar dalam dan luar

KUALA LUMPUR: Telefon lipat skrin lipat Samsung yang popular kini hadir dengan generasi kelima menampilkan skrin luar yang lebih besar , sambil mengekalkan gaya dengan reka bentuk yang lebih nipis apabila ditutup.

Z Flip 5 baru ini ditawarkan pada harga RM4,499 bagi storan 256 gigabait (GB) dan RM4,999 bagi 512 GB, terasa seperti teknologi premium dan lebih terperinci daripada versi sebelumnya.

Engsel baru membolehkan dua bahagian telefon itu ditutup dengan sempurna tanpa meninggalkan celahan di hujung, yang mana lebih menarik dari segi estetik dan menghalang habuk masuk ke dalamnya.

Reka bentuk baru ini juga menjadikan telefon itu lebih nipis dan sedikit mengurangkan saiz lipatan skrin, seperti yang terdapat pada model pesaing.

Anda masih boleh merasa belahan bahagian tengah lipatan itu pada skrin dan melihatnya di bawah sinaran lampu atau chaya matahari tetapi ia tidak begitu ketara berbanding model sebelumnya.

Ia dilengkapi skrin besar 6.7 inci yang mana terang, jelas dan responsif. Samsung mengatakan skrin ini 25 peratus lebih tahan lama daripada model sebelumnya.

Namun begitu, skrin itu masih diperbuat daripada bahan yang lembut daripada telefon biasa, jadi ia perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan calar.

Sementara itu, skrin luar baharu 3.4 inci pada telefon adalah ciri utama padanya. Ia menunjukkan masa dan pelbagai maklumat lain yang biasa terdapat pada paparan telefon biasa.

Skrin luar baharu 3.4 inci pada telefon adalah ciri utama pada telefon ini. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Skrin luar baharu 3.4 inci pada telefon adalah ciri utama pada telefon ini. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Ia juga mempunyai panel tetapan pantas lapan butang, yang mana ia berguna tetapi sukar untuk diubah.

Terdapat banyak cara untuk memperibadikan paparan dengan pelbagai reka bentuk, imej, dan animasi yang berbeza.

Skrin luar juga dilengkapi dengan sejumlah 'widget' yang berguna, membolehkan akses kepada papan kekunci penuh untuk membalas mesej, dan menjalankan beberapa aplikasi kecil seperti WhatsApp tanpa membuka telefon.

Prestasi pantas dengan bateri yang tahan sepanjang hari

Z Flip 5 mempunyai cip Qualcomm terbaik yang sama seperti pada siri Galaxy S23 yang dilancarkan pada awal tahun, dan berfungsi dengan baik.

Ia adalah antara telefon pintar yang paling pantas di pasaran dan jauh lebih berkuasa daripada model lipat pesaing.

Bateri bertahan selama kira-kira 35 jam antara cas, dengan skrin digunakan selama kira-kira lima jam, beberapa jam lebih lama daripada Flip 4, tetapi masih perlu mengecas bateri setiap malam.

Cas penuh mengambil kira-kira 90 minit, mencapai 50 peratus dalam 30 minit menggunakan pengecas 25W. Pengecas tidak disertakan.

Antara telefon pintar yang paling pantas di pasaran dan jauh lebih berkuasa daripada model lipat pesaing. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Antara telefon pintar yang paling pantas di pasaran dan jauh lebih berkuasa daripada model lipat pesaing. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Keselamatan alam sekitar

Samsung tidak memberitahu jangka hayat untuk bateri tetapi ia sepatutnya berdaya tahan untuk lebih daripada 500 kitaran cas penuh dengan pengurangan 80 peratus kapasiti asal.

Skrin telefon ini pada umumnya boleh dibaik pulih jika rosak, manakala bateri boleh digantikan oleh pusat servis yang sah.

Badan Z Flip 5 diperbuat daripada aluminium, kaca, dan plastik yang boleh dikitar semula.

Samsung menawarkan skim tukar dan kitar semula untuk peranti-peranti lama.

"Mod Flex", memindahkan aplikasi ke bahagian atas skrin apabila telefon dilipat dalam bentuk L, dan kemampuan untuk menggunakan aplikasi atau kamera pada skrin luar. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
"Mod Flex", memindahkan aplikasi ke bahagian atas skrin apabila telefon dilipat dalam bentuk L, dan kemampuan untuk menggunakan aplikasi atau kamera pada skrin luar. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Perisian Android One UI 5.1

Z Flip 5 beroperasi dengan One UI 5.1 Samsung, yang berdasarkan Android 13. Ia pada umumnya sama seperti telefon Samsung standard, menawarkan salah satu pengalaman Android yang paling lancar.

Terdapat beberapa tambahan menarik, seperti "Mod Flex", yang memindahkan aplikasi ke bahagian atas skrin apabila telefon dilipat dalam bentuk L, dan kemampuan untuk menggunakan aplikasi atau kamera pada skrin luar.

Telefon ini akan menerima sekurang-kurangnya lima tahun 'update' atau kemas kini perisian, termasuk empat kemas kini versi Android utama dan penyenggaraan keselamatan bulanan, yang lebih lama daripada model sama oleh pesaing.

Dilengkapi dua kamera 12 megapiksel (MP) di luar bersebelahan dengan skrin luar, dan kamera selfie 10MP di bahagian atas skrin dalam. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis
Dilengkapi dua kamera 12 megapiksel (MP) di luar bersebelahan dengan skrin luar, dan kamera selfie 10MP di bahagian atas skrin dalam. - NSTP/Kamarulzaidi Kamis

Kamera

Z Flip 5 mempunyai dua kamera 12 megapiksel (MP) di luar bersebelahan dengan skrin luar, dan kamera selfie 10MP di bahagian atas skrin dalam.

Ia sedikit lebih tepat, dengan fotografi malam yang sedikit lebih baik. Ini bermakna mereka secara umumnya mengambil gambar yang baik dan video yang baik dengan beberapa ciri menarik dalam aplikasi kamera. Namun begitu masih kekurangan zoom optik yang mana menghalang ia daripada menjadi benar-benar hebat.

Kamera 'selfie' 10MP adalah baik tetapi lebih berguna untuk panggilan video. Itu kerana anda boleh mengambil selfie dengan menggunakan kamera utama dan paparan luar yang besar sebagai penampilan, menghasilkan hasil yang jauh lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Kesimpulan

Telefon lipas Samsung generasi kelima ini masih memuatkan telefon pintar skrin besar ke dalam bentuk yang dilipat secara lebih kompak.

Ia juga tampak lebih premium apabila boleh dilipat tanpa celahan di antara dua bahagian peranti, menjadikannya lebih nipis. Skrin luar besar adalah penambahan yang lebih berguna dan menarik.

Skrin dalamnya juga hebat, terasa sedikit lebih lengkap pada jari berbanding pesaing. Anda masih boleh melihat kesan lipatan di mana ia dilipat dan ia tidak sekuat skrin kaca biasa, jadi ia perlu dijaga dengan berhati-hati, kompromi masih diperlukan dalam teknologi telefon lipat ini.

Telefon ini tahan air, mempunyai cip terpantas yang tersedia untuk telefon Android, dan akan mendapat sokongan perisian selama lima tahun. Hayat baterinya baik dan kameranya baik, tetapi keduanya tidak dapat menandingi telefon biasa.

Z Flip 5 bukan lagi satu-satunya telefon lipat skrin lipat di pasaran, tetapi ia adalah yang terbaik dan menjadi alternatif yang lebih menarik daripada telefon mewah biasa.

Spesifikasi:

Skrin utama: Skrin Infinity Flex AMOLED FHD+ 6.7 inci (425ppi)

Skrin luar: Skrin AMOLED 3.4 inci

Pemproses: Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2

RAM: 8GB

Storan: 256 atau 512GB

Sistem pengendalian: One UI 5.1 berasaskan Android 13

Kamera: dua kamera belakang 12MP, kamera selfie 10MP

Konektiviti: 5G, nano sim + esim, wifi6E, NFC, Bluetooth 5.3, dan GNSS

Ketahanan air: IPX8 (kedalaman 1.5 meter selama 30 minit)

Saiz dilipat: 84.9 x 71.9 x 15.1mm

Saiz terbuka: 165.2 x 72.2 x 6.9mm

Berat: 187 gram

Berita Harian X