SEBELUM era telefon pintar berkamera, mengambil gambar yang cantik adalah proses yang memerlukan banyak tenaga.
Dengan perkembangan teknologi pada kamera telefon pintar, kini sesiapa sahaja boleh menguasai cara mengambil gambar yang bagus.
Justeru, pertandingan fotografi mudah alih, HONOR Magic Moments Awards 2023 kembali membuka peluang buat jurugambar baharu dan pengguna harian untuk menonjolkan bakat terpendam mereka.
Dengan lebih 500,000 penyertaan daripada lebih 50 negara dalam tempoh dua tahun yang lalu, anugerah ini menjadi pertandingan fotografi mudah alih global yang dinantikan komuniti fotografi mudah alih.
Tahun ini, HONOR Magic Moments Awards 2023 menawarkan hadiah bernilai RM10,000 untuk pemenang utama di peringkat kebangsaan.
Manakala, hadiah berjumlah AS$15,000 pula bakal dibawa pulang pemenang utama di peringkat antarabangsa.
Hadiah lain termasuk HONOR Magic5 Pro dan telefon pintar siri nombor HONOR terkini.
Lebih menarik, hadiah terkumpul turut dinaikkan kepada AS$110,000 dengan bilangan pemenang yang layak meningkat daripada 67 kepada 75 pemenang.
Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian di peringkat kebangsaan yang bertemakan #MagicMomentsofMalaysia dengan merakam keindahan Malaysia dari aspek gaya hidup, alam semula jadi, pengembaraan, pemandangan bandar, serta seni, budaya dan warisan Malaysia.
Untuk penyertaan, hanya muat naik foto ke Facebook atau Instagram berserta tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia #HONOR atau muat naik gambar menerusi laman web rasmi HONOR Magic Moments Awards 2023 mulai sekarang hingga 6 Ogos 2023.
*Peserta Malaysia layak mendapat hadiah dan anugerah di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Ambil gambar bak jurugambar profesional
Bagi mereka yang ingin menonjolkan bakat fotografi menerusi HONOR Magic Moments Awards 2023, berikut beberapa tip mudah mengambil gambar ibarat jurugambar profesional.
1. Pencahayaan semula jadi
Untuk menghasilkan imej hebat dengan telefon pintar bukanlah suatu perkara mudah terutama dalam suasana malap dan diambil dengan denyar kamera.
Ini akan menghasilkan foto yang terlalu terdedah dengan cahaya, mengubah warna secara negatif dan menjadikan subjek manusia kelihatan hilang.
Manfaatkan sumber cahaya semula jadi walaupun di waktu malam bagi memberi peluang kepada individu untuk bermain dengan bayang atau mencipta bayang dengan sumber cahaya ambien yang lain.
2. Kepelbagaian sudut
Mengambil gambar dari sudut yang unik dan tidak dijangka boleh menjadikan imej lebih diingati dan cenderung menghasilkan ilusi kedalaman atau ketinggian kepada subjek.
Selain itu, ia turut menyerlahkan imej kerana kebanyakan foto mudah alih diambil sama ada terus atau dari pandangan mata burung.
3. Pantulan subjek
Mata manusia mudah tertarik dengan pantulan lalu menjadikan ia salah satu cara untuk mendapat gambar yang cantik.
Terdapat banyak permukaan yang boleh dijadikan sebagai medium pantulan termasuk lopak air, kawasan air seperti tasik, cermin, cermin mata hitam, gelas minuman dan permukaan logam.
4. Fokus pada satu subjek
Kebanyakan gambar yang cantik hanya mempunyai satu subjek menarik. Oleh itu, penting untuk meluangkan sedikit masa tambahan bagi menetapkan syot ketika mengambil gambar.
Sesetengah jurugambar profesional turut mengatakan subjek tidak sepatutnya memenuhi keseluruhan bingkai dan dua pertiga daripada foto mestilah ruang negatif bagi membantu subjek lebih menonjol.
Pastikan juga skrin kamera telefon pintar disentuh pada subjek bagi membantu memastikan ia difokuskan dan pencahayaan dapat dioptimumkan.
Siri HONOR Magic5, abadikan momen yang tidak dijangka
Selain tip daripada jurugambar professional, optimumkan bakat fotografi melalui siri HONOR Magic5 Pro yang pasti memberikan hasil imej terbaik kerana ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP serta kamera telefoto periskop 50MP.
HONOR Magic5 Pro turut mempunyai sensor dan apertur besar serta OIS bagi mencapai penangkapan pantas, stabil dan jelas.
Sementara itu, HONOR Magic5 pula dilengkapi kamera utama 54MP, kamera 50MP ultra-lebar serta kamera telefoto 64MP.
Dengan Millisecond Falcon Capture, HONOR Magic5 Pro akan mencipta pengalaman fotografi terbaik dalam industri.
Daripada kelajuan pelancaran kamera, kelajuan fokus, kelajuan tindak balas pengatup kepada kelajuan pengimejan, HONOR Magic5 Pro dapat menangkap objek berkelajuan tinggi dengan jelas.
Peranti ini juga hanya memerlukan satu saat untuk merakam syot malam yang jelas dengan Super Night Capture.
Pengguna juga boleh menggunakan AI Motion Sensing Capture untuk membantu menangkap momen terbaik secara automatik yang mana ia mengiktiraf pelbagai senario secara bijak dengan mengenal pasti titik kemuncak dalam setiap senario.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai siri HONOR Magic5 Pro di pautan ini.