KUALA LUMPUR: Pengeluar produk elektronik terkemuka, Panasonic tampil memperkenalkan pilihan warna baharu, Navy bagi pengering rambut nanoe™ EH-NA98 di sini, pada 23 Mei.
Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 membantu memecahkan molekul air dan membantu menembusi air ke dalam lapisan-lapisan rambut pengguna.
Berbekalkan pengalaman menghasilkan pengering rambut sejak lebih 80 tahun, Panasonic meneliti semua data berkaitan jenis rambut dan keperluan penjagaannya bagi memastikan tahap keselesaan ideal dapat dicapai.
Pengering rambut generasi baharu nanoe™ yang menyepadukan teknologi dipatenkan Panasonic meraih pengiktirafan tinggi dalam penjagaan rambut dan kulit kepala yang menawan.
Berdasarkan rekod jualannya tahun lalu, pengering rambut nanoe™ ini berjaya mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia.
Rahsia rambut yang sihat, licin, lembap
Teknologi nanoe™ ultra-halus unik daripada Panasonic mengandungi kira-kira 1,000 kali ganda kelembapan ion yang meresap ke dalam rambut dan melaraskan keseimbangan air, menjadikan rambut berkilau dan licin.
Ia juga mampu menangani elektrik statik bagi mengawal rambut kusut dan menjadikannya mudah diurus.
Pada masa sama, nanoe™ membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala bagi memastikan ia sihat serta dapat mencegah kekeringan yang menyebabkan kerosakan pada rambut.
nanoe™ dan Double Mineral
Selain itu, EH-NA98 juga membekalkan ion Double Mineral sebagai tambahan kepada nanoe™.
Dengan sinergi yang luar biasa, nanoe™ dan Double Mineral mengukuhkan kutikula bagi menghasilkan rambut yang cantik serta tahan lasak.
Dengan meningkatkan kekuatan kutikula, ia juga mengurangkan kerosakan geseran akibat menyikat serta kerosakan daripada rangsangan luar seperti sinaran ultraungu.
Pelbagai mod
Sementara itu, EH-NA98 turut mencuri tumpuan dengan penyertaan empat mod utama iaitu mod penjagaan kulit kepala, penjagaan kulit, alternatif panas sejuk dan mod kawalan suhu pintar.
Menerusi mod penjagaan kulit kepala, pengering rambut ini perlahan-lahan mengeringkan kulit kepala dengan tetapan udara hangat kira-kira 50 darjah celsius*.
nanoe™ seterusnya menambah kelembapan dan mengurangkan kekeringan yang menyumbang kepada tekanan kulit sekali gus menghasilkan kulit kepala yang lebih sihat.
Untuk mod penjagaan kulit pula, pengguna disaran menggunakan mod ini pada akhir sesi pengeringan selama kira-kira satu minit. Kulit menjadi lembap kerana nanoe™ membantu ia mengekalkan kelembapannya.
Mod Alternatif Panas Sejuk pula dibangunkan untuk menukar aliran udara secara automatik antara udara panas dan sejuk.
Jurang suhu ini akan mengurangkan gelombang, menyelaraskan permukaan rambut dan memantulkan cahaya bagi menjadikan rambut 40 peratus lebih berkilau.
Seterusnya, Mod Kawalan Suhu Pintar memastikan sensor suhu ambien binaan dalaman mengukur suhu udara sekeliling dengan tepat dan melaraskan aliran udara kepada suhu yang terkawal untuk pengeringan mengikut musim.
Pengeringan pantas
Pengering rambut EH-NA98 juga hadir dengan Muncung Cepat Kering Panasonic yang menjana aliran udara kuat dan lembut bagi memisahkan helaian rambut, meningkatkan kawasan permukaan terdedah untuk pengeringan pantas.
Selain cara udara ditiup, isipadu udara, suhu udara dan tekanan udara juga antara elemen utama yang menjadi keutamaan dalam penghasilan pengering rambut nanoe™ Panasonic.
Ia mencapai keseimbangan terbaik antara empat elemen ini bagi membolehkan pengguna mengeringkan rambut dengan cepat, lembut dan cantik.
Penggunaan lebih selesa dan mudah
Pengering rambut nanoe™ Panasonic juga dilengkapi dengan ciri mesra pengguna bagi memastikan pengeringan rambut harian selesa tanpa tekanan.
Ia hadir dengan penapis kalis habuk yang mudah dibersihkan dan boleh dilap dengan tisu serta satu sentuhan butang yang membolehkan pengguna memilih pelbagai mod suhu udara dengan mudah.
Selain itu, penyertaan suis gelongsor yang licin mengurangkan tekanan pada jari dan kuku, membolehkan pengguna melaraskan isipadu udara dengan satu sentuhan ringan.
Bukan itu sahaja, pengering rambut ini turut dilengkapi pemegang boleh dilipat supaya pengering boleh disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan.
Jadikan pilihan utama anda
Dengan pelbagai kelebihan yang ada, pengering rambut nanoe™ Panasonic EH-NA98 pasti menjadi pilihan ramai pengguna terutama mereka yang mementingkan penjagaan diri.
Sebagai jenama produk elektronik terkemuka, Panasonic komited mempromosikan kecantikan dan memperkasakan kehidupan orang ramai dengan memperkenalkan rangkaian produk kediaman yang meluas yang direka dan dibangunkan di bawah kawalan kualiti serta keselamatan yang ketat.
Panasonic turut menawarkan promosi Beauty & Health 6.6 di laman web Club Panasonic, kedai fizikal serta kedai dalam talian seperti pautan di bawah:
- Nikmati diskaun sehingga 29 peratus di Shopee dan Lazada
- Nikmati diskaun sehingga 19 peratus di Shopee dan Lazada
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengering rambut nanoe™ Panasonic EH-NA9 atau rangkaian produk elektronik daripada Panasonic, layari laman sesawang Panasonic.