JIKA sebelum ini peranti pintar HUAWEI P60 Pro hanya boleh didapati di China, kini peminat jenama terkemuka HUAWEI boleh mula memiliki peranti pintar dari siri P Pro itu di Malaysia.
Lebih memfokuskan kepada ciri teknologi dan seni, HUAWEI membawakan pengalaman peringkat profesional dengan memberikan peluang kepada pengguna dalam mendefinisikan keindahan fotografi mengikut gaya tersendiri.
Dengan penggabungan dua ciri utama ini, peranti HUAWEI P60 Pro wajar disifatkan sebagai peranti yang harus dimiliki oleh peminat gajet dan fotografi.
Berikut adalah ciri HUAWEI P60 Pro yang mesti anda tahu:
Muat turun Aplikasi Google dari AppGallery
Kini, HUAWEI juga turut membenarkan kesemua pengguna mereka untuk memuat turun aplikasi kegemaran mereka termasuk aplikasi Google di HUAWEI AppGallery.
Dengan kesemua ciri tarikan yang digabungkan pada peranti ini, HUAWEI P60 Pro pastinya menjadi antara peranti yang harus diiliki oleh penggemar gajet dan fotografi di Malaysia.
Pencahayaan ultra kamera utama
Kamera HUAWEI P60 Pro terbina dengan apertur fizikal F1.4 terbesar dalam industri serta didatangkan dengan Lensa Transmitansi Tinggi yang meningkatkan kadar cahaya yang melalui kanta kamera dengan sangat baik.
Turut didatangkan dengan sensor RYYB SuperSensing yang dipertingkatkan, keupayaan perkakasan dan perisian ini membuatkan gambar yang diambil pengguna lebih tepat dan natural seperti yang dilihat dengan mata kasar.
Kamera peranti ini juga dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang termasuk kamera utama dengan Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan Pencahayaan Ultra 48 megapiksel pada kanta telefoto yang menjadikannya kamera telefoto cahaya malap terbaik dalam industri telefon pintar.
Tidak terhenti di situ, kamera hadapan HUAWEI P60 Pro juga mempunyai lensa kamera 13 megapiksel yang merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam cahaya malap.
Melengkapkan lagi ciri fotografi pada peranti ini, HUAWEI P60 Pro ini didatangkan dengan kamera antara muka yang dinaik taraf dengan cincin zum kamera serba baharu dan ciri Menu Pantas yang membolehkan pengguna mengawal kamera telefon mereka dengan mudah.
Reka bentuk Mutiara Rococo unik
Reka bentuk Mutiara Rococo unik HUAWEI P60 Pro ini juga menjadi antara tarikan utama yang ada pada peranti canggih ini.
Diinspirasikan oleh gaya Rococo yang diperkenalkan di Perancis pada abad ke-18, reka bentuk Mutiara Rococo pada HUAWEI P60 Pro menjadi yang pertama dalam industri dengan tekstur mutiara unik semula jadi berbeza pada setiap peranti.
Serbuk mutiara mineral ditambahkan pada panel belakang telefon pintar dengan kaedah artisan buatan tangan dan teknik pembuatan moden yang kemudiannya dibiarkan terkumpul menjadi kilauan, memberikan tekstur persis mutiara yang unik.
Skrin kaca Kunlun melengkung
Jika sebelum ini HUAWEI hanya memasang skrin kaca melengkung pada HUAWEI P40 Pro, kini pengguna setia HUAWEI boleh menemukan skrin kaca melengkung sama yang diperbaharui pada peranti HUAWEI P60 Pro.
Setiap sudut skrin melengkung HUAWEI P60 Pro kini lebih bulat dan lebih lembut di tepinya yang mana ia memberikan penglihatan tidak terbatas dan mengasyikkan selain memberikan cengkaman yang selesa serta sentuhan skrin yang lebih tepat.
Uniknya, paparan pada HUAWEI P60 Pro kali ini turut diperkukuhkan dengan Kaca Kunlun HUAWEI yang diperakui oleh SGS Switzerland dengan rintangan jatuhan kaca bertaraf lima bintang.
Kini, pengguna tidak perlu risau jika peranti pintar mereka terjatuh kerana skrin pada peranti ini lebih kukuh dan tahan lasak.
Jangka hayat bateri yang lama
HUAWEI P60 Pro hadir dengan bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh yang menyokong ciri HUAWEI SuperCharge berwayar 66W dan HUAWEI SuperCharge berwayar 88W.
HUAWEI P60 Pro juga boleh dicas kepada separa penuh dalam masa hanya 10 minit dengan HUAWEI SuperCharge di bawah Mod Turbo, memberikan keselesaan optimum buat pengguna yang memerlukan pengecasan pantas.
Dapatkan HUAWEI P60 Pro dari Celcom serendah RM2,599 sekarang.