KUALA LUMPUR: Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TNG) berdepan gangguan disebabkan oleh isu teknikal.
"Kami sedang menghadapi masalah teknikal pada masa ini dan sedang menyelesaikan masalah tersebut.
"Jika baki e-dompet anda mencukupi, anda masih boleh menggunakan PayDirect dan RFID untuk membayar tol dan parkir kereta.
"Kami memohon maaf atas gangguan perkhidmatan dan kesulitan anda. Terima kasih atas kesabaran anda," demikian menurut satu pemberitahuan di Facebook Touch 'n Go eWallet.