Rabu, 17 Mei 2023 | 10:18am

Merevolusikan Cloud Gaming dengan Yes 5G

Syarikat telekomunikasi 5G pertama di Malaysia, Yes sedang menggegarkan pasaran cloud gaming dengan menjalinkan kerjasama dengan GeForce NOW.

Dengan akses kepada lebih 1,500 permainan terus daripada cloud, pemain boleh menikmati pengalaman permainan berkualiti tinggi merentas semua peranti tanpa memerlukan menaik taraf peranti.

GeForce NOW adalah perkhidmatan cloud gaming yang membolehkan pemain menikmati pengalaman permainan berkualiti tinggi merentas semua peranti mereka.

Dengan sambungan terus ke kedai permainan digital, pelanggan boleh menstrim permainan yang sudah mereka ada dan pembelian permainan yang dibuat pada akaun kedai peribadi akan sentiasa kekal bersama pelanggan.

Berita berkaitan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023: 

Ia tidak memerlukan lagi pelanggan untuk memuat turun permainan yang bersaiz besar atau mengemas kini lagi, sekali gus membolehkan pemain menjimatkan masa dan bermain permainan serta-merta.

Pelanggan Yes boleh melanggan pelan GeForce NOW yang sesuai dengan keperluan permainan mereka atau menjadi pelanggan Yes terlebih dahulu untuk menikmati sambungan yang lebih pantas dan nilai yang lebih tinggi.

Dengan melanggan pelan Yes Wireless Fiber 5G atau pelan mudah alih Yes 5G, pemain boleh menikmati pengalaman permainan tanpa gangguan lagi.

Dengan permainan terbaharu terus dari cloud, Yes 5G sedang mengubah permainan dalam cloud dan membawa industri eSports ke tahap yang baharu.

Berdasarkan Statista, pasaran cloud gaming dijangka menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun mendatang dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak 48.12 peratus.

Pemain utama seperti Google, Microsoft dan Amazon melabur banyak dalam perkhidmatan permainan awan, begitu juga pelbagai syarikat baharu yang mulai memasuki pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communicatios Sdn Bhd, Wing K Lee, berkata pihaknya berbangga untuk menawarkan rakyat Malaysia pengalaman permainan terbaik yang membolehkan mereka bermain permainan kegemaran mereka, tanpa memerlukan peningkatan peranti permainan.

"Dengan Yes 5G dan GeForce NOW, pelanggan boleh bermain pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, pada sebarang peranti dan dengan prestasi yang lebih tinggi serta kos yang lebih rendah.

"Masa depan cloud gaming telah tiba dengan Yes 5G," katanya.

Berita Harian X